Tuesday 26 February 2013

Nasi Ayam Roaster 'geseng'

Disebabkan request daripada my FIL & diri sendiri yang kepingin nak makan ayam rosters 'buatanrumah'...aku pun dengan tak teragak-agak terus kedapur untuk 'main masak-masak' menyediakan menu tengahari ni... ;) 

Setelah bertungkus -lumus kat dapur, inilah hasilnya..  tada....nak resepi??  boleh..

Ayam yang diroaster:



ayam yang rupanya agak x berapa lawa, tapi rasanya bolehlah puaskan ati sendiri hi3



Bahan-bahan:

1) dah tentulah ayam ( dipotong ikut bahagian kesukaan & dibasuh dulu)
2) serai 
3) halia
4)kunyit hidup
5)bawang merah
6)bawang putih
7) cili kering- buang biji & direbus dulu
8) garam
9) gula

Cara-caranya: blender bahan 2-7..kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukkan bahan blender tadi biarkan masak sikit. masukkan garam & gula secukup rasa...selepas masak, tuangkan bahan tadi ke atas ayam & gaul hingga sebati & marinatekan ayam tu dlm 20-30min...akhir sekali panggang ayam tersebut. aku cuma guna kuali biasa, kecilkan api & tutupkan ayam tu..tunggu sehingga masak...


Sup Ayam:




Sebelum buat sup, ayam ( ambil bahagian tulang-tulang saja) rebuskan dulu bersama halia, serai, bawang putih & kiub ayam..jgn lupa sedikit garam...air rebusan ini akan digunakan untuk memasak nasi. setelah selesai rebus asingkan ayam tulang tadi..panaskan periuk dengan sedikit minyak..tumiskan rempah penumis - bunga lawang, kayu manis & buah pelaga sehingga naik bau kemudian masukkan halia, bawang putih ( ditumbuk) & sedikit serai yang dititik. masukkan ayam tadi & tuangkan air secukupnya..tambahkan kiub ayam & sedikit garam..renehkan sup 



cili cicah:


Cili kicap- cili api, bawang putih, kicap masin, gula sikit, air panas sikit> diblender

Cili Merah - Cili api yang merah sikit, Cili merah yang besar 4-5 biji, bawang putih, sebiji tomato, garam, gula sikit & air panas> diblender



Nasi:




Basuhkan beras. Panaskan periuk bersama sedikit minyak. Tumiskan rempah penumis , selepas naik bau masukkan bawang merah, bawang putih, halia (yang semuanya ditumbuk) & serai dihiris halus-halus...selepas tu masukkan kan sedikit kiub ayam & sedikit garam...setelah bahan agak garing masukkan beras & gaulkan...kemudian baru masukkan air rebusan ayam tadi..biarkan nasi tanak...


Selain daripada tu, sebagai tambahan & sesaje..



taugeh goreng



tauhu goreng




Sapa yang  menu favourite nye nasi ayam...bolelah cuba & like resepi ni ye..hi3

No comments:

Post a Comment