Friday 16 October 2015

Gara-gara kamu wahai oven.... :P






Assalamulaikum semua pembaca belog saya,

Sekian lama tak update belog yang bersawang lagi bersarang ni, biaselah alasan utama kekangan masa dan ketandusan idea yang membuatkan belog ini menjadi hambar dan sunyi buat seketika. Dan bila tercetusnya idea dan perkongsian, nah..amik kaw banyak pulak sumber inspirasi dalam kepala ini..tapi masih lagi tak dan untuk dieksploitasikan menjadi bahan penulisan ... 

Apa yang nak dikongsikan ini hanyalah sebahagian yang diantaranya kisah  'kemeroyanan ' saya bila mendapat 'barang baru'...hahaha..bunyi macam tersedak je kan?, barang baru , siapa yang tak teruja untuk mencuba, test, malah try kan? tambahan pulak, yang berkaitan dengan minat dan hobi saya.. So, first thing  saya dengan segan silunya (puiii_segankah?) nak say thank to my hubby yang telah 'mensuprisekan'  sebuah oven, sebagai hadiah birthday september yang lepas (masih sempat lagi nak wish , mane yang belum wish tu ea..:p).... Wah, maka dengan itu, bermulah lembaran muka baru sesuai dengan azam tahun (muharam) ini, iaitu nak membaking sehabis baik..kikikiki.


Pantang ternampak dan tau pasal resepi yang senang-senang tu..semua nak dicubanya...Tidak kiralah penat ke mengantuk ke, pendek kata, masa saya sekarang ini memang padat dengan aktiviti . Selain bekerja sepenuh masa, jika ada masa longgar sikit, mulalah cari bahan untuk membaking dan mulakan resepi yang simple-simple sahaja. Tujuannya untuk apa? ... of course perkara utama adalah untuk dimakan..hahaha..tak gitu? ..Bermula anak-anak yang suka makan kek dan juga diri sendiri yang suka mencuba sesuatu yang tak pernah dibuat sendiri. Yelah, selama ini teringin nak makan je beli...why not kita baking sendiri,.. kepuasannya itu , tuhan saja yang tahu rasanya bagaimana. Namun, belum terniat lagi untuk berbisnes malah untuk dijual. Banyak yang dicuba, Alhamdullilah menjadi dan saya hanya sedekahkan kepada jiran-jiran atau kawan-kawan  dengan niat semoga mereka mendoakan kemurahan rezeki saya akan datang ;)


Cerita panjang lagi , kang boring...meh saya sharekan sebahagian hasil air tangan saya sendiri  :P

Bun Sosej

Anak-anak yang happy bersama bun kegemaran

Coklat Moist cake

Macaroni Bakar

Sherperd Pie aka Pai Daging

Kek pisang

 & ini : Puding roti yang sempat dibuat masa
balik rehat sekejab tadi hahaa


Begitulah serba sedikit 'hasil tangkapan' saya.. senang-senang kan? semua orang pun bole buat. Yelah saya masih baru lagi..dan baru nak berjinak-jinak dalam dunia membaking ni..Doakalanlah kalau-kalau minat dan hobi ini akan bertukar menjadi aktiviti yang menambahkan rezeki..:P hihihi ok beransur dulu... jumpa lagi , nanti ;)





Tuesday 23 June 2015

mudahnya kutip pahala di bulan ramadhan....


Sekejab je dah 6 hari ramadhan. Tup-tup besok dah seminggu!...pahtu, 2 minggu...pahtu tau-tau dah nak raya dah..hahaha pantas kan masa sampai tak terkejar kita... 

Modal entry kali ini bukanlah untuk cerita pasal berapa hari dah kita puasa. Tapi, tetiba pulak rasa nak share pasal mudahnya nak kumpul pahala di bulan al-mubarak ni, lagi-lagi kita orang perempuan ni. Usah bersedih atau rasa ruginya bila keterbatasan kita sebagai perempuan  tak macam lelaki , boleh puasa penuh kan. Tak semestinya berpuasa penuh, pahala kita juga comfirm dapat penuh...hihhi.. Ok, mana yang diberi peluang untuk dapat berpuasa, kipidap bebeh... bukan senang nak dapat. 

Di bulan mulia ni memang Allah akan bukak pintu pahala itu seluas-luasnya , no limited. Yang ruginya bila kita tak ambil peluang itu, sayangkan? Terlalu banyak pahala yang kita boleh kutip yang mungkin tak akan ada pada bulan-bulan lain. Macam mana? nak jugak?...boleh, Insyaa Allah.. Dia kan Maha Besar, Pemurah lagi Pemberi... Kita buat, kita dapat...;)

Saya, bukanlah confirm ahli syurga, malah bukan berlagak nak jadi ustazah, jauh sekali nak dicop ahli ulamak dan sebagainya. Cukuplah nak share perkara-perkara baik kepada orang lain dan hanya berusaha nntuk menggrab peluang yang terbentang luas dan mengutip sebanyak mana pahala yang diidamkan itu. Selebihnya, biar Dia yang berkuasa menentukanNya..

Memang sebagai wanita, keterbatasan kita untuk pergi berterawih tidak seperti kaum adam. Tapi bila dipikirin, solat terawih adalah hanya sunat, bukanlah wajib. Jika rajin boleh buat sendiri  dekat rumah. Tapi, sampai ke hari ini saya masih lagi tak berkesempatan nak buat , baik berjemaah di masjid apetah lagi dekat rumah... Huhuhu semuanya disebabkan kepadatan jadual saya yang bekerja, ada anak kecil & sibuk untuk persiapan berbuka untuk keluarga. Memang tak sempat, usai waktu berbuka badan dah penat giler dan mata mengantuk!... Kalau pergi masjid pun tapi hati kat rumah, terkenangkan anak, solat pun jadi tak kusyuk, takde makna kan. Ala, sedangkan yang free tu belum tentu buat, kan.. :P Namun apa yang penting Solat 5 waktu yang wajib itu haruslah dijaga , lagi-lagi di bulan ramadhan ini.... tul, kan?

Menunaikan Solat Fardhu  disamping berpuasa tu pun dah confirm berpahala. Nak memantapkannya lagi cubalah buka Al-quran dan baca kalam-kalamNya. Dapat 2-3 mukasurat setiap kali solat pun jadilah, janji baca. Tu pun sudah pahala. Setiap waktu naiknya matahari , rajin-rajinlah amalkan Solat Sunat Dhuha...memang ini pun sunat dan agak berat juga bagi yang belum pernah buat..tapi kalau dah mula, pasti nak buat hari-hari..cubalah....besar fadhilatnya, lagi-lagi bulan puasa ni.. apa dia? boleh tanya dekat encik Google... cari kelebihan solat dhuha(nak citer kat sini, panjang)..mesti tak menyesal punya!

Tambahkan lagi point pahala kita, sekali sekala keluarkan duit saku sendiri untuk berbelanja lauk-pauk bagi juadah berbuka/ bersahur nanti... Nak lebih berbaloi lagi, cuba curi masa untuk memasak  dengan air tangan kita sendiri. Peh, itu lagi berpahala! Lagi ramai orang yang makan, lagi banyak pahala kita akan dapat. Esoknya, nak bersahur pun begitu, Sediakan juadah bersahur dan kejutkan seisi keluarga untuk bangun sahur ..So, up lagi point kita, ingatkan anak-anak tentang niat puasa lepas bersahur (selalu dorang mana ingat,kan.. tau nak tido balik je). Situasi ni kita terus buat juga even kita sendiri cuti puasa.. tak apa, pahala Allah nak bagi itu no limitednye..tak kira kita puasa atau tak.. happy tak??

Selain tu, kita duk diam-diam jaga hawa nafsu ,mata, mulut, telinga ..semualah anggota dan organ-organ badan kita( kuang3x):P ... tahan marah bila nak marah, tahan rasa nak mengumpat (uih, ni payah sket, saya akui..well saya pun manusia) hihihi... cara nya bukak U tube.. pasang lagu-lagu nasyid ke , selawat nabi ke, zikir ke...( hahaha bole ke sepanjang puasa camni?) Tapi , tulah dari mana datangnya pahala... Boleh juga dipraktis bila time cuti puasa..yelah kan, nak puasa & solat tak boleh... Namun begitu saya sendiri pun tak buat sangat, kadang-kadang je, ngeh3 ... 

Semudah Alif Bha Tha, kan untuk mengutip pahala di bulan puasa ini. Banyak lagi amalan-amalan lain yang tak terhitung banyaknya pahala yang kita boleh dapat dan tanpa kita sedar. Cuma kita buat, InsyaaAllah kita akan dapat..betapa sayangnya Allah dekat kita.. So, carilah ...ia ada dimana-mana :)

P/s: sebarkanlah entry ini dengan kenalan lain.. eh, share-share, pun boleh dapat pahala tau. Ilham untuk entry ni pun Allah yang bagi ^_^



Sebelum berundur, meh saya banje satu lagu....



Sunday 21 June 2015

Hari Bapa Di Bulan Al Mubarak 0_^

Salam Ramadhan al-Mubarak semua ;).. Selamat berpuasa & semoga ibadah kita di bulan mulia ini diterima & diberkati Allah SWT.

Sempena hari istimewa di bulan barakah ini, terkenangkan  3 insan  yang telah bergelar bapa dan telah hadir dalam sepanjang hidup saya. Pertama sekali sudah tentu bapa kandung saya sendiri yakni Tuan Haji Ismail B Haji Ibrahim.. Memang setiap hari akan terkenang-kenangkan beliau namun menjelangnya ramadhan lebih-lebih lagi. Sesuatu yang istimewa tentang beliau, setiap dibulan mulia ini beliau sangat suka mengamalkan sunnah nabi, iaitu waktu berbuka beliau akan makan hanya buah kurma bersama air masak terlebih dahulu. Usai solat  maghrib , beliau turun ke meja makan semula untuk santapan berat pula. Ketika ini, masih terbayang-bayang tatkala beliau sedang meninggalkan meja makan untuk menunaikan solat, kami masih lagi berselera menikmati juadah berbuka sehingga kenyang tersandar ( dah seharian perut kosong...lapar la katakan).Walaupun beliau membiarkan kami begitu, namun siap siagalah selesai beliau solat jika kami tak siap lagi makan juga, memang confirm kena marah..hihihi .. betemperian lah kami ambil wuduk dengan perut yang kenyang macam ular sawa..:P . 

Sebelum berpuasa esok hari, setiap malam beliau akan mengingatkan kami semua supaya jangan lupa untuk berniat dan setiap waktu sahur, tugas mengejutkan kami daripada lena juga adalah beliau. Memang sangat indah kenangan ramadhan sewaktu tika dulu yang mungkin takkan dapat kami  rasai lagi selepas ini disebabkan peredaran waktu dan  komitmen masing-masing.


wajah ayahanda yang selalu dirindui...sob2 sebak kalau renung lelama




Insan kedua yang duk teringat dikala ramadhan menjelma ni, ialah  Arwah Bapa Mertuaku yang telah pulang ke Rahmatullah pada penghujung tahun lepas. Bermakna tahun ini adalah ramadhan yang pertama dan sudah tentunya juga syawal yang pertama tanpa beliau. Agak hening seisi rumah mertua tanpa beliau. Kebiasaanya di bulan ramadhan beliaulah yang 'mengarrangekan' persiapan untuk bersahur juga berbuka. Menu berbuka juga banyak yang beliau tentukan. Kami ikutkan aja.. asalkan bahagia. Beliau yang sangat mesra dengan cucu-cucunya sentiasa menyakat dan bergurau tidak kira waktu membuatkan kami tergiang-giang kenangan sewaktu bersamanya dulu. Semoga roh beliau di cucuri Rahmat Allah SWT....  tenanglah, wahai Tok abah di sana... 





Al Fatihah buat Arwah Encik Ali Hassan @ Ali B Omar





Insan seterusnya, tak lain tak bukan...encik tuan suami , abah kepada anak-anak saya. Sorry lah hubby, jatuh ke ranking  numbor 3. hihihi bagi laluan kepada yang dah makan garam lama dulu..Kisah ramadhan beliau tidaklah semenarik mana. Cuma Pekerjaan beliau yang bukan duduk didalam pejabat yang berhawa dingin , sentiasa berpanas terik,berhujan dan mengerah tenaga tanpa kira waktu. Namun ibadah berpuasa tetap dilaksanakan dengan tabah demi kerja dan tanggungjawab yang perlu digendung. Maka perkara itu sudah menjadi alah bisa tegal biasa baginya. Selamat berpuasa, hubby..bertabah dan bertahanlah ye...pahala tu. Semoga Allah pelihara & lindungi kamu... ;) 


Encik Mohd Zulkarnain bersama anak-anak 


Tidak lupa juga kepada bapa muda & gojes yang baru beranak satu..Encik Abdul Halim Mustafa.Beliau ini merupakan anak menakan saya yang sulung. Bukan saja sulung bagi adik beradiknya, malah sulung kepada anak-anak buah lain yang saya ada. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran isteri tercinta dan anak yang comel. Syawal nanti lebih-lebih lagi. Moga juga murah rezeki & berjaya didunia dan akhirat.


Hihihih, bersama buah ati, pengarang jantung beliau..



Begitulah sedikit bingkisan sempena hari bapa di bulan ramadhan ini. Happy Father's day kepada mereka yang bergelar bapa... Jadilah role model yang baik kepada anak-anak. Bahagia dan sejahteralah kamu wahai bapa-bapa selagi ada yang sentiasa mendoakan kamu lebih-lebih lagi doa anak-anak yang soleh dan isteri yang solehah...

Berjumpa lagi... 



Sunday 14 June 2015

Little Angles


Sesuatu yang menariknya, seawal usia 6 bulan setengah ini, Zhufairah Dalysa telah bergelar seorang aunty aka makcik kepada seorang anak sedara yang comel macam dia jugak!.. Nur Asyifa Aisyah juga merangkap  cucu kepada saya..yeay..saya sudah jadi nenek! hihihi

Belanja sikit pic mereka ea:
Aisyah... anak sedare

Dalysa, makcik dia

apabila digandingkan...cumilkan depa!



Aisyah adalah lebih dua bulan usianya berbanding Dalysa, tapi papepun mereka akan tetap sebaya nanti..hihi. Bila besaq nanti boleh lumba lari & melaram baju sedondon macam twins! wee tak sabaaaarnye...sama-sama kita tunggu... ;)

Moge kalian jadi anak yang solehah ye , sayang...

throwback Majlis Si Dia

Sekilas teringat majlis aqiqah si anak... dah lame kut , bulan mei yang lepas..baru la ni teringat. Majlis yang simple lagi santai tapi syukur berjalan jugak dengan lancar..Buat mana yang patut dan sederhana je.. tak segrand majlis anak artis. Asalkan niat aqiqah tu sampai.. Alhamdullillah..

Oleh kerana terlalu bz nak handle persiapan majlis,  umi & abah si baby memang tak dan nak mensnap gambar apetah lagi nak berpossing. Naseb ade gambar ihsan yang di wassap oleh mak sedare si baby..huhu . So, setakat ini je hasil tangkapan:


Sebelom tu, nak tayang dress kami hanak beranak: ditaja oleh Annakku & Bella Ammara, hi3

Dah tentu yang dikendong itu adalah  si empunya Majlis Aqiqahnya ;)
Kedua-dua yang menggendong itu tal lain tak bukan, umi & abah kesayangan dia

Satu-satunya wajah ceria pada mase tu... yang lain macam cuka.
Majlisnya malam, mata dah ngantok, tu yang dia moody kut

Semasa seisi ditepung tawar, jambul tak cukur sebab mmg dah tak berjambul,
masa ni dah 5 bulan, rambut dah siap dicukur masa usia seminggu lagi, tak tumbuh2..kikiki


sebelah tu lah pengasuh beliau, merangkap mak ngah dia


bersama sepupu sepapat beliau, akak & abam semua dah ZZZZ. Dia??
muka nak mintak buai...




Walaupun penat, muka dah macam-macam mimik, tapi sikitpun dia tak berdecit nak menangis maupun mengamuk...fuh, dia memang anak yang baik..tau-tau dia dah tidoq

Si sleeping beauty, setelah penat fotoshoot sane sini, malam itu malam dia..
fopula, ngalahkan retis...


luv u Zhufairah Dalysa...Moge jadi wanita solehah, menggembirakan abah & umi ..Berjaya dunia dan akhirat..aminnn