Friday 16 October 2015

Gara-gara kamu wahai oven.... :P






Assalamulaikum semua pembaca belog saya,

Sekian lama tak update belog yang bersawang lagi bersarang ni, biaselah alasan utama kekangan masa dan ketandusan idea yang membuatkan belog ini menjadi hambar dan sunyi buat seketika. Dan bila tercetusnya idea dan perkongsian, nah..amik kaw banyak pulak sumber inspirasi dalam kepala ini..tapi masih lagi tak dan untuk dieksploitasikan menjadi bahan penulisan ... 

Apa yang nak dikongsikan ini hanyalah sebahagian yang diantaranya kisah  'kemeroyanan ' saya bila mendapat 'barang baru'...hahaha..bunyi macam tersedak je kan?, barang baru , siapa yang tak teruja untuk mencuba, test, malah try kan? tambahan pulak, yang berkaitan dengan minat dan hobi saya.. So, first thing  saya dengan segan silunya (puiii_segankah?) nak say thank to my hubby yang telah 'mensuprisekan'  sebuah oven, sebagai hadiah birthday september yang lepas (masih sempat lagi nak wish , mane yang belum wish tu ea..:p).... Wah, maka dengan itu, bermulah lembaran muka baru sesuai dengan azam tahun (muharam) ini, iaitu nak membaking sehabis baik..kikikiki.


Pantang ternampak dan tau pasal resepi yang senang-senang tu..semua nak dicubanya...Tidak kiralah penat ke mengantuk ke, pendek kata, masa saya sekarang ini memang padat dengan aktiviti . Selain bekerja sepenuh masa, jika ada masa longgar sikit, mulalah cari bahan untuk membaking dan mulakan resepi yang simple-simple sahaja. Tujuannya untuk apa? ... of course perkara utama adalah untuk dimakan..hahaha..tak gitu? ..Bermula anak-anak yang suka makan kek dan juga diri sendiri yang suka mencuba sesuatu yang tak pernah dibuat sendiri. Yelah, selama ini teringin nak makan je beli...why not kita baking sendiri,.. kepuasannya itu , tuhan saja yang tahu rasanya bagaimana. Namun, belum terniat lagi untuk berbisnes malah untuk dijual. Banyak yang dicuba, Alhamdullilah menjadi dan saya hanya sedekahkan kepada jiran-jiran atau kawan-kawan  dengan niat semoga mereka mendoakan kemurahan rezeki saya akan datang ;)


Cerita panjang lagi , kang boring...meh saya sharekan sebahagian hasil air tangan saya sendiri  :P

Bun Sosej

Anak-anak yang happy bersama bun kegemaran

Coklat Moist cake

Macaroni Bakar

Sherperd Pie aka Pai Daging

Kek pisang

 & ini : Puding roti yang sempat dibuat masa
balik rehat sekejab tadi hahaa


Begitulah serba sedikit 'hasil tangkapan' saya.. senang-senang kan? semua orang pun bole buat. Yelah saya masih baru lagi..dan baru nak berjinak-jinak dalam dunia membaking ni..Doakalanlah kalau-kalau minat dan hobi ini akan bertukar menjadi aktiviti yang menambahkan rezeki..:P hihihi ok beransur dulu... jumpa lagi , nanti ;)





2 comments: