Sunday 21 June 2015

Hari Bapa Di Bulan Al Mubarak 0_^

Salam Ramadhan al-Mubarak semua ;).. Selamat berpuasa & semoga ibadah kita di bulan mulia ini diterima & diberkati Allah SWT.

Sempena hari istimewa di bulan barakah ini, terkenangkan  3 insan  yang telah bergelar bapa dan telah hadir dalam sepanjang hidup saya. Pertama sekali sudah tentu bapa kandung saya sendiri yakni Tuan Haji Ismail B Haji Ibrahim.. Memang setiap hari akan terkenang-kenangkan beliau namun menjelangnya ramadhan lebih-lebih lagi. Sesuatu yang istimewa tentang beliau, setiap dibulan mulia ini beliau sangat suka mengamalkan sunnah nabi, iaitu waktu berbuka beliau akan makan hanya buah kurma bersama air masak terlebih dahulu. Usai solat  maghrib , beliau turun ke meja makan semula untuk santapan berat pula. Ketika ini, masih terbayang-bayang tatkala beliau sedang meninggalkan meja makan untuk menunaikan solat, kami masih lagi berselera menikmati juadah berbuka sehingga kenyang tersandar ( dah seharian perut kosong...lapar la katakan).Walaupun beliau membiarkan kami begitu, namun siap siagalah selesai beliau solat jika kami tak siap lagi makan juga, memang confirm kena marah..hihihi .. betemperian lah kami ambil wuduk dengan perut yang kenyang macam ular sawa..:P . 

Sebelum berpuasa esok hari, setiap malam beliau akan mengingatkan kami semua supaya jangan lupa untuk berniat dan setiap waktu sahur, tugas mengejutkan kami daripada lena juga adalah beliau. Memang sangat indah kenangan ramadhan sewaktu tika dulu yang mungkin takkan dapat kami  rasai lagi selepas ini disebabkan peredaran waktu dan  komitmen masing-masing.


wajah ayahanda yang selalu dirindui...sob2 sebak kalau renung lelama




Insan kedua yang duk teringat dikala ramadhan menjelma ni, ialah  Arwah Bapa Mertuaku yang telah pulang ke Rahmatullah pada penghujung tahun lepas. Bermakna tahun ini adalah ramadhan yang pertama dan sudah tentunya juga syawal yang pertama tanpa beliau. Agak hening seisi rumah mertua tanpa beliau. Kebiasaanya di bulan ramadhan beliaulah yang 'mengarrangekan' persiapan untuk bersahur juga berbuka. Menu berbuka juga banyak yang beliau tentukan. Kami ikutkan aja.. asalkan bahagia. Beliau yang sangat mesra dengan cucu-cucunya sentiasa menyakat dan bergurau tidak kira waktu membuatkan kami tergiang-giang kenangan sewaktu bersamanya dulu. Semoga roh beliau di cucuri Rahmat Allah SWT....  tenanglah, wahai Tok abah di sana... 





Al Fatihah buat Arwah Encik Ali Hassan @ Ali B Omar





Insan seterusnya, tak lain tak bukan...encik tuan suami , abah kepada anak-anak saya. Sorry lah hubby, jatuh ke ranking  numbor 3. hihihi bagi laluan kepada yang dah makan garam lama dulu..Kisah ramadhan beliau tidaklah semenarik mana. Cuma Pekerjaan beliau yang bukan duduk didalam pejabat yang berhawa dingin , sentiasa berpanas terik,berhujan dan mengerah tenaga tanpa kira waktu. Namun ibadah berpuasa tetap dilaksanakan dengan tabah demi kerja dan tanggungjawab yang perlu digendung. Maka perkara itu sudah menjadi alah bisa tegal biasa baginya. Selamat berpuasa, hubby..bertabah dan bertahanlah ye...pahala tu. Semoga Allah pelihara & lindungi kamu... ;) 


Encik Mohd Zulkarnain bersama anak-anak 


Tidak lupa juga kepada bapa muda & gojes yang baru beranak satu..Encik Abdul Halim Mustafa.Beliau ini merupakan anak menakan saya yang sulung. Bukan saja sulung bagi adik beradiknya, malah sulung kepada anak-anak buah lain yang saya ada. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran isteri tercinta dan anak yang comel. Syawal nanti lebih-lebih lagi. Moga juga murah rezeki & berjaya didunia dan akhirat.


Hihihih, bersama buah ati, pengarang jantung beliau..



Begitulah sedikit bingkisan sempena hari bapa di bulan ramadhan ini. Happy Father's day kepada mereka yang bergelar bapa... Jadilah role model yang baik kepada anak-anak. Bahagia dan sejahteralah kamu wahai bapa-bapa selagi ada yang sentiasa mendoakan kamu lebih-lebih lagi doa anak-anak yang soleh dan isteri yang solehah...

Berjumpa lagi... 



No comments:

Post a Comment