Wednesday 12 June 2013

SELAMAT HARI BAPA !



Jarang sekali bernukilan tentang bapak aku. Buat sekian kalinya terbit idea untuk menulis serba sedikit tentang dia satu-satu bapa yang aku ada dalam dunia ini. Dia yang aku dan kami adik beradik panggil 'bapak'.. sementara orang lain dengan gelaran  ayah, papa, papi, daddy, abi atau abah..Entah dari kecil kitaorang memang panggil bapa kami ' bapak' .Mungkin dia sendiri selesa dengan panggilan itu..:). Umur bapak pun rasa-rasanya sudah menjangkau 78 tahun ..aku sendiri pun tak pernah nak tanya. Dalam jangkauan umur itu, aku anggap sudah veteran sangat lah tu..Alhamdullillah aku masih lagi berpeluang untuk berjumpa ,menziarahi apatah lagi untuk ber'ngobrol' dengannya sekali sekala...kesihatannya In shaa Allah setakat ini dari segi fizikal masih elok walaupun seringkali mengadu sakit itu dan ini, ingatan pun masih kuat..dan yang paling aku  impress wajah dia seakan-akan awet muda~ tak makan dek usia, cuma sebatang-dua gigi nya sudah tak ada :P, walaupun begitu bapakku bagiku masih hensem seperti dulu...hu3

Aku mengaku kurang rapat dengan dia berbanding dengan emak, mungkin sebab dia tegas dan garang..Tapi dalam diam aku sebenarnya menyimpan perasaan kagum. Kagum dengan semangatnya yang jitu sejak muda, kental dan ada prinsip....Terlalu banyak sekali tentang bapak yang aku rasa tak akan habis cerita disini. Cukuplah dengan sentuhan kisah yang tak seberapa ini.  Seingat aku, bapak memang orangnya tegas lagi garang. Dia akan memastikan anak-anaknya punctual dan tak ponteng sekolah. Sanggup dia berhujan, berpanas siap berhantar dan berjemput. Aku rasa beruntung sebab aku ber'ustaz'kan bapak sendiri mengaji alif baa tha..sampai lah tamat khatam quran...aku juga bangga kerana sejak kecil dialah imam sejati aku mengajar erti solat dan menunaikannya...Sehingga kini aku bersyukur, kerana dia aku menjadi 'orang' dan sekurang-kurangnya aku berjaya dengan hasil titik peluhnya  walaupun pencapaian aku tak sehebat mana..Setiap ilmu yang diperturunkan juga serba sedikit aku gunakan untuk ajar cucu-cucunya pula.......alahai..banyak lagi kisah tentang bapak, tapi aku tak larat nak menaipnya....Lagipun makin diceritakan makinlah sebak dada ni...hu3..terharu siut...kang aku yang ciwek ni nangis sapa yang nak tadah air matanya? ...kuang3

Semetalah dah bernukilan ni, aku dengan rasa bangganya untuk men'syair'kan puisi khas untuk bapak, walaupun bapak tak ada blog dan tak pandai beronline...biarlah aku sampaikannya dalam hati dan kirimkan pada angin yang lalu ~ eh ceh ;


Bapak...
Jasamu sungguh besar untuk keluarga
Engkau tak pernah lelah menafkahi kami
Engkau rela mendaki gunung
Engkau rela menyeberangi lembah
Engkau rela merentasi lautan
Hanya mencari nafkah untuk kami

Bapak...
Engkau adalah pahlawan keluarga
Engkau dengan gagah berani melawan setiap rintangan
Engkau dengan gigih mengharungi cabaran
Hanya demi menghidupkan kami

Bapak....
Dengan apa harusku membalas segala jasa-jasamu


Hanya bisa 1 kata yang mampu kuzahirkan padamu

"Terima Kasih"
"Terima Kasih, Bapak"

(ada lagi nak tambah.. tapi idea belum mari..ha3)


Dengan ucapan:
^_^ SELAMAT HARI BAPA, Bapakku , Tuan Haji Ismail Haji Ibrahim, aku bangga kerana engkau telah menjadi bapaku yang sempurna







inilah bapak ku, sebelah tu menantu die le sape lagi :P

yang ini pulak emak ku. Masa ni dia masih sihat
tudung biru tu mak mertua...

~hu3, tak boleh pandang lelama gambar- gambar ni, sebak dan sangat tersentuh..rasa mau luruh air mata...terus timbul rindu pulak....waaaa




Dan bersempena hari bapa yang jatuh pada bulan Jun ini, aku juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada satu-satunya Mr. Hubbyku yang amat dikasihi yang telah banyak berkorban demi anak-anak kami dan mengharungi liku-liku hidup bersama-sama ku. Tidak lupa juga buat bapa mertua, rakan taulan dan sedara mara semua yang telah bergelar bapa:



credit to:

ezhan-arwork.blogspot.com for the picture ' Happy father's Day... &
http://pengertianpendidikan.com/puisi-cinta-ucapan-untuk-ayah, adaptasi daripada karya : Mirwan


No comments:

Post a Comment