Assalamulaikum semua,
Dan bila ada kebangkitan semula untuk bernukilan, idea bertimbun, tapi tak tau mana dulu nak ditaip..
Yang terlintas dikepala pada waktu ini tentang satu perkongsian rasa dengan ibu lain diluar sana. Mungkin ada yang senasib dan pengalaman yang sama dengan apa yang bakal nak dikongsikan ini..
Perasaan seorang ibu yang agak kecewa bila harapan menggunung untuk memberi susu badan kepada anak sendiri secara ekslusif tidak tercapai. Tidak mahu mengimbas kembali kenapa dan apa puncanya, malah salah siapa, sehinggakan angan-angan itu menjadi musnah. Sudahnya, penyusuan si kecik terpaksa dicampur susu formula bagi menampung keperluannya untuk terus membesar dan sihat.
Bagi yang belum mengerti pasti akan mempertikai kenapa dan apalah sangat kalau baby kita itu diberi minum susu formula, berdosakah?.. hurm..tidaklah sampai berdosa, cuma bagi ibu yang faham dan sedia maklum, susu ibu itu memang sangat penting dan paling terbaik untuk diberikan kepada anak. Tak perlu berjela untuk menceritakan khasiat dan kebaikannya, seluruh dunia tau tentang itu, kan? Dan, adalah menjadi kebanggaan sebenarnya apabila seorang ibu itu dapat memberikan " fully breastfeeding" sehingga cukup umur yang sepatutnya. Alangkah bagusnya kalau itu terjadi kepada anak saya sendiri yang dikala ini masih berumur 6 bulan..;(
Perlu redha dan pasrah rezeki si anak kecil saya berbentuk begini berbanding abang dan kakaknya sebelum ini ( memang full bf sehingga 2-3 tahun). Mungkin juga sewaktu dulu saya hanya surirumah yang dapat menumpu sepenuh perhatian kepada rumahtangga dan anak-anak. Manakala sekarang sudah bergelar wanita bekerjaya dan anak terpaksa dihantar ke pengasuh.
Dalam pada rasa kecewa itu, terbit juga sebaliknya rasa syukur bila melihat si anak itu membesar dengan sihat. Apatah lagi bila kita penat pulang bekerja , saat terlihat dia tersenyum ceria dan keletah dapatlah mengubat duka dihati ini.
Mengimbas detik mula-mula memberikan dia susu formula dulu, rasa bersalah tak terkira sehingga menitis air mata. Berkali-kali saya memohon maaf kepadanya walaupun tau dia belum memahami apa-apa. Memang sedih! :( Tetapi ..sudah itu jalannya untuk memujuk dia yang asik merengek dan tidurnya terganggu akibat perut masih lapar. Saya tau ketika itu, susu badan saya tidak cukup untuk membuat dia puas dan berasa kenyang..sangat kesian..Dan sehingga kini dia masih lagi menyusu badan dan susu formula. Alhamdullillah, Allah itu Maha adil, susu formula pertama untuk dia serasi dengan badan. Dari situ terasa beruntungnya bila mana dia tidak banyak ragam dan selesa denagan pemakanan awalnya. Asalkan tidak memudaratkan kesihatannya dan dia tidak jatuh sakit, sudahlah...
Takkan tiada usaha atau inisiatif untuk "memeriahkan" susu badan? So, nak kata saya malas la ea??, hahahah..boleh dikatakan macam-macam ikhtiar sudah puas dicuba ....semua hasilnya adalah hampa... ;( Sesiapa yang tak merasainya mungkin tak akan faham... Yang pernah melalui dan berpengalaman sama saja pasti faham. Semua itu , sudah ketentuan Allah. Dia saja yang berhak menurunkan rezeki.Dan mungkin rezeki anak saya sebegini. Cukuplah dia sihat dan menggembirakan saya. Sampai satu tahap, saya tidak mahu fikirkan lagi tentang perkara ini. Apa yang penting, amanah yang telah Allah beri ini...harus dijaga sehabis baik. Dialah kurniaan Ilahi yang tak ternilai...senyum tawa dia, tangis manja dia pengubat lara saya...
Terima kasih Allah, kerana berikan kesempatan ini..walaupun tidak sesempurna mana..
Zhufairah Dalysa, Ummi sayang kamu dunia akhirat...;)
..
No comments:
Post a Comment