Thursday 28 February 2013

bila aku stress...;'(







Manusia yang hidup dimukabumi ni memang tak lari daripada tekanan @ stress termasuklah aku...siapa yang kata dia tak pernah stress tu adalah pembohong. Sedangkan orang kaya yang hidupnya melimpah ruah dengan kemewahahan dan keselesaan pun terjebak dengan 'kestressan'. Cuma stress setiap individu itu berbeza-beza & terpulang kepada setiap individu itu mencari jalan keluar dari belenggu tekanan hidup...


Aku stress kan apa? @ apa yang membuatkan aku stress?..hu3...terlalu banyak sampai tak 'lalu' untuk aku ceritakan..semakin usia meningkat semakin besar galasan tanggungjawab, semakin banyaklah stress yang aku kena hadap. Cuma aku percaya setiap stress yang 'menghimpit' hidup aku itu adalah ketentuan dari Allah & berharap aku akan menjadi hamba yang berusaha mencari jalan keluar, bukan lari dari 'mereka'...;P...sebab bagi aku, makin aku lari , makin tulah 'mereka' kejar kat belakang kita..jadi, nak tanak kena lah usaha untuk keluar@ cari jalan penyelesaian...


Aku tak pastilah macamana korang tangani stress yang korang hadapi tu...tapi bagi aku aku akan buat camni:

1) Akan jadi makcik cleaner serta merta. Tak kira lah cuci bilik air sampai dinding mar-mar tu boleh wat cermin & segala kuman bakteria tamat riwayatnya, hu3 @ jadi Majlis Perbandaran yang tak lekang dengan penggaru sampah, lepas tu semua sampah aku nak bakar..'biao' lah kena saman pun..bak kata ucop wilchair  kita bako jer...' ha3...

2) Turun ke dapur ...cari idea nak masak apa & mulakan dengan 'main masak-masak'...hasil air tangan aku kadang-kadang orang puji jugak...ewah

3) Mandi Kat bilik air (again) selama yang mungkin sampai kecut-kecut kulit.

4) Duduk dalam bilik sorang-sorang tanpa siapa-siapa ganggu~ buatlah apa yang patut...mengemas ke, dengar muzik ke...@ yang paling kuat adalah zzzzzzzzzzzz hi3 tapi kekadang aku ambil kesempatan untuk menangis sepuas-puasnya~ well , biasalah..perempuan kan...

5) Yang ini paling tak boleh bla...perut & tekak akan bagi signal untuk diminta isi...jadi perkara yang perlu akau buat...makan..makan...& makan...sbb tu aku semakin comel..stress je makan...tak gitu?? kuang3

Semua ni antara aku akan buat bila aku stress...In shaa Allah setakat ni aku belum lagi sampai nak amik pisau hiris tangan sendiri @ amik tali gantung diri..ayarkk....tamau...walau sampai tahap dewa aku nye stress pun aku akan cuba tak terjebak dengan perkara demikian...uih seriau tu...tapi dalam pada masa yang sama...kita kena berbalik 'pada asal'...tempat sebaik-baik mengadu adalah pada DIA yang Maha Pencipta..~ bukan lah pada fb/twitter(cewah...ye la tu sangat)...Hidup biarlah berpedoman & bertuhan...


Pada Allah tempat kita mengadu & meminta. Al-quran juga memainkan peranan penting.. Didalamnya terkandung kalam-kalam yang mengajar kita untuk menjadi umat Muhammad yang baik..antara yang kita boleh amalkan, senang, mudah & ringkas:-







Semoga perkongsian ini dapat sama-sama kita amalkan...siapa stress cuba baca doa-doa ini yer & jangan lupe like....mekasih, selamat beramal...;)


2 comments:

  1. saya kalau stress sgt2, sy mandi air panas je k.sal..terus hlg stress..hehehee..

    ReplyDelete