Monday 25 February 2013

' Kempen' Puding Roti sayur-sayuran

Dalam waktu bekerja sempat lagi aku ngan wani (rakan sekerja) menyelit-nyelit & mengendeng-ngendeng mak-mak kat GPW-Gerakan Persatuan Wanita untuk belajar masak yang setiap hari isnin dorang buat. Camne lak boleh terjebak?? ha... ni la nak mai cite...kalau diikutkan bangunan GPW tu sebelah je ngan tempat keje aku...malah kelas dorang (memasak& menjahit) memang dah lama ada daripada dulu, tapi baru sekarang aku & wani buat muka 'talam' nak join..asalnya kami ni datang dengan misi & agenda tersendiri yakni atas nama tugas yang perlu dilaksanakan.. tapi sebelum pape kami kenalah menjebakkan diri ..bak kata orang-orang tua ..."berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"~chewah, ha3... bila dh ada hubungan yang baik dengan semua pihak barulah nak buat keje tu mudah sket la kot...(dah macam nak berkempen je)~hi3 memang nak berkempen pon..tapi bukan kempen pilihanraya tau...~amboi mentang-mentang dah nak dekat PRU ...korang mulalah pikir kearah tu kan?? kitaorang ni berkempen pasal program  yang berkaitan dengan kerja takde kena mengena pon dengan politik...yelah kerja kitaorang ni perlu dekat dengan komuniti@ masyarakat setempat...dah x bole lah jadi "katak bawah tempurung" hal-hal luar daripada skop kerja haruslah kena amik tau...

Jadi, selain terjebaknya kitaorang dengan kelas memasak tadi, secara tak langsung kitaorang dapat ilmu, pengalaman & resepi baru...nak tau ke resepi pe tu?? ..meh, jgn risau aku adalah orang yang sangat tak kedekut ngan apa jua yang nak aku share... 


Puding Roti Sayur- sayuran




Bahan-bahan;-

1) Roti gardinier saiz sederhana - sebungkus 
2) Telur ayam Dalam 3-5 biji
3) Susu Sejat Cair setin
4) Daun sup/ daun bawang
5) Sayur Campur frozen~ kalau x suka sayur-sayur lain pun boleh
6) Garam secukup rasa
7) Serbuk lada hitam
8) Keju
9) Margerin

Cara-cara nak buat:
1) Panaskan pengukus dahulu
2) Potong roti kepada  dadu-dadu kecil ( kalau nak ganti makaroni pun boleh tapi kena  rebus la dulu
3) mayang halus-halus daun bawang/daun sup tadi
4) Pukul telur sampai kembang, selepas tu masukkan  susu satu tin, garam & lada hitam secukupnya..gaulkan
5) masukkan roti yang dah didadu tadi, sayur-sayuran & daun bawang/daun sup. Gaul lagi
6)sapukan marjerin kedalam bekas, masukkan bahan-bahan yang dah digaul tadi selang seli dengan keju..kemudian sedia untuk dikukus (kepada yang suka bakar pon boleh)


Selamat Mencuba ;)


2 comments:

  1. Betul la resepinye nie kak..resepi simple bahan nye pun simple juga

    ReplyDelete
  2. ok...jangan lupa try buat lak lepas ni...hu3

    ReplyDelete