Saturday 16 February 2013

Semuanya kerana mak ;(




kalaulah masa boleh di putarkan semula, aku akan minta untuk bersama-sama mak yang dulu, seperti dulu, pada masa dulu..sangat-sangat rindu akan dulu-dulu... mak yang dulunya kental, semangat waja seperti besi sangat tabah dan sentiasa kuat pada mata ku...mak juga pembakar semangat, penglipur lara, penasihat & segala 'pe' yg tak tersebut dekat sini.

Namun Takdir & Ketentuan telah mengubah segalanya...mungkin masa mak telah tiba untuk ' direhatkan' setelah seumur hidupnya sekian lama banyak berkorban & membanting tulang demi kelangsungan hidupnya, suami & kami , anak-anaknya.. emak, sungguh pun begitu aku tetap & masih lagi anakmu yang sentiasa rindukan mu, sayangkan mu malah sayangku ini semakin bertambah-tambah lebih apabila mak terlantar berbanding sihat dulu..mungkin inilah juga 'kenikmatan' yang Allah anugerahkan untuk ku  supaya menjadi anak yang sentiasa mengingatimu..disebalik kejadian itu juga Allah telah mendekatkan kita...Mak, tiada anak di dunia ini yang tak sedih bila mak kandungnya diuji dengan musibah kesihatan seperti mu kecuali anak yang derhaka & aku cukup takut jika aku digelar anak derhaka...mohon Ya Allah..semoga aku tidak terlepas pandang@ mengabaikan mak & sekaligus menggalas gelaran sebagai anak derhaka..jauhkan aku ya Allah...

Mak, selagi daya yang mampu, sekuat tenaga yang ada, in shaa Allah aku ingin sekali berbakti dengan mu sehingga akhir hayatmu..walaupon aku tau segala apa yang aku curahkan selama ini tidak terbayar oleh pengorbanan mu dulu...

Ya Allah, Ya Rabbi, hanya padaMu aku meminta, berikanlah peluang kepada mak untuk menghabiskan sisa hidupnya  beribadat kepadaMu dengan lebih sempurna. Permudahkanla urusannya, ampukanlah dosanya.Kurniakan mak kesejahteraan & kesihatan. Sentiasalah Kau bersama-samanya & semoga dia sentiasa dibawah lindunganMu...amin

No comments:

Post a Comment