Wednesday 6 March 2013

'cup..cup...cup' siput sedut


Ntah kenapa aku ni pantang nampak@terjumpa dengan siput sedut...asal aku pegi pasar je kalau ada yang jual tu mesti nak beli...hi3...boleh pulak rajin nya aku basuh bersih-bersih ( tanpa ada kesan lumpur pun) 'menatang' tersebut, lepas tu kena pulak potong hujung siput tu satu persatu supaya mudah untuk disedut....satu kerja yang memakan masa....tapi dek kerana suka bangat makan & exersice mulut ni muncung-muncung...aku ketepikan rasa susahnya 'menyiang' bende alah tu...alah bisa tegal biasa orang tua-tua kata kan....yang menjadi syok nya bukan aku je yang suka malah daripada asben, MIL & turun pulak pada anak-anak, apa lagi makin membara lah niat aku untuk menghabiskan 'riwayat' sang siput sedut untuk menjadi santapan lauk tengahari ini...kuang3....


Memandangkan anak-anak pun suka & bagi tarik minat dorang untuk makan banyak-banyak ( sebab dorang ni payah nao kalau suruh makan)...aku pon kenalah sediakan menu yang sedap pada tekak mereka & yang paling penting tak pedas...macam ni 



ini ialah siput sedut yang dimasak 'sweet2 kicap' namanye..memang sesuai untuk budak-budak cam anak aku tu


Untuk mak-mak& abah-abah budak pulak aku masakkan menu yang biasa orang buat...iaitu masak lomak cili padi..macam ni..





Dan lain-lain sebagai hidangan tengahari ini:



ikan goreng berlada


Dek kerana request  resepi daripada kawan aku yang sorang ni;- sofie.mulok....meh le guna pakai this resepi..tapi biasa-biasa aje tak de ape special nye pun...yang nampak selera tu sbb decoration nye aje kut ha3

Bahan-bahan:
1) apa saja jenis ikan yang digemari
2) cili api ( yang merah sahaja)
3) cili  besar( pun yang merah sahaja)
4) bawang merah
5) bawang putih 
6) asam jawa
7)garam & gula secukupnya 


tu je....hi3..cara buat nya...goreng ikan tu dulu. blender bahan 1-5. panaskan minyak , tumiskan bahan yang diblender..dah naik bau masukkan air asm jawa, garam & gula . Bila rasa semua dah ok, cili pun dah masak...tuang@gaulkan kuah ke ke atas ikan tadi ...sekian ;)
 Selamat mencuba ye sofie..:)



Sayur campur


Selamat tengahari semua;)


No comments:

Post a Comment