Friday 8 March 2013

Perajurit Tanah Air


  Lagu & lirik untuk pejuang-pejuang kita, just klik disini: http://youtu.be/XMeaQoEGPGc


inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi

sebelum kita berjaya
jangan harap kami pulang
inilah sumpah pendekar kita
menuju medan bakti

andaikata kami gugur semua
taburlah bunga diatas pusara 
kami mohon doa
Malaysia berjaya
semoboyan telah berbunyi
menuju medan bakti




"Tiada apa yang dapat dibantu memandangkan tiada senjata dan peluru melainkan panjatan doa yang diiringi harapan bagi meredakan kegelisahan dihati. Memanglah tidak melibatkan ahli keluarga & sanak saudara, tapi sudah kerana  nama  seorang rakyat malaysia sedikit sebanyak terasa tempiasnya. Ketepikan soal politik & percanggahan pendapat masing-masing, keselamatan & maruah negara adalah lebih penting. Ngeri dan pilu bila menonton berita-berita gugurnya pejuang-pejuang negara yang berhempas pulas mengenepikan keselamatan diri demi negara tercinta. Tumpang sedih juga bila melihat ahli keluarga pejuang menerima kehilangan orang yang mereka sayang. Semoga pemergian mereka digelar syahid & menjadi pedoman bagi anak-anak muda"

~ nukilan hati yang sedih & bimbang akan nasib masa depan negara & anak-anak bangsa....Semoga kita sentiasa dibawah lindungan-Nya..In Shaa Allah....;(  Allahhu Akbar!





No comments:

Post a Comment