Wednesday 24 July 2013

begedil vs bedegil

Inilah begedil antara makanan paling feveret tapi malas nak buat :P

Akibat tekak ini terlalu kepingin nak makan, maka dengan rajinnya aku terus meluru kekedai membeli bahan-bahan dan selepas tu pulang ke rumah bergegas pula menyiapkan ape yang patut demi memenuhi rasa teringin itu...(kalau tak buat gak, alamatnya termimpi2 & terliur aje tak sudah2, ha3).

Jadi selepas mention menu apa untuk hari ini, resepinya haruslah di kongsikan, bukan?...kalau nak cuba resepi aku ni, dipersilakan..;)


bahan-bahan
1) kentang ( ikut lah berapa banyak nak buat- potong2 wedges & digoreng seperti gambar dibawah)



2) Isi ayam ( dipotong dadu-halus-halus & direbus seketika)
3) Bawang merah ( dimayang halus juga digoreng garing)
4) Daun Sup ( dimayang halus)
5) garam secukupnya
6) lada sulah secukupnya
7) Telur ayam ( dipukul untuk menggoreng begedil)

Cara-cara
1) tumbuk @ lenyek kentang yang dah digoreng tadi & angkat letak didalam satu bekas
2) masukkan isi ayam yang dah direbus
3) masukkan daun sup, bawang yang digoreng, garam & lada sulah secukup rasa
4) gaulkan sehigga sebati
5) gentel bahan2 tadi & bentukkan bulat2
6) celurkan begedil tadi ke dalam telur yang sudah dipukul
7) goreng dengan minyak yang panas tetapi api yang kecil, selalu terbalik-balikkan.
8) Bila sudah garing & kuning keemasan, bolelah angkat & hidang...


selamat mencuba ye ^_^

begedil ni sesuai sangat untuk dibuat lauk @ dimakan bersama menu yang berunsurkan sup, tak kiralah soto ke, mee sup ke...nyum2...

tak kurang juga sebagai snake sesaje ngudap sambil santai2 tgk tv gitu..hi3...


No comments:

Post a Comment