Tuesday 23 July 2013

mood kuih raya

Tah, knapa bulan ramadhan taun ni, terasa rajin benor nak buat homemade kuih raya edisi khas untuk mak mertua ku. Kebetulan arini ni jatuh ari cuti aku, jadi dengan semangat & bahan-bahan yang dah sedia dibeli, aku pun menuju ke dapur memulakan opearasi kuih raya pertama ku iaitu kuih gunting :-

Tepung yang siap diuli haruslah dimesin dahulu



yang  siap digoreng



Rasanya ada juga yang dok tanya-tanya resepinya kan, sama je dengan resepi kuih gunting orang lain. Resepi aku ni aku minta daripada kakak aku sendiri...

Bahan-bahan
1) Tepung gandum1 kg
2) Udang geragau 2 mangkuk kecil ( direndam dahulu)
3) Cili Kering secukupnya (di rebus dahulu)
4) Jintan Halus 1 sudu besar (rendam dahulu)
5) Ketumbar 2 sudu besar ( rendam dahulu)
6) Daun sup 1 ikat (dimayang halus)
7) 1 Biji telur
8) Garam 1 sudu besar
9) 1 Mug air
10) 3 senduk gulai minyak masak 

Cara-cara
1) Blender bahan-bahan 2,3,4,5,8 & 9 sekali
2) hangatkan 3 senduk minyak masak tadi sekejab dan tuangkan ke atas tebung & gaul perlahan2
3) kemudian pecahkan telur & gaul
4) masukkkan bahan2 yang diblender tadi , uli
5) masukkan daun sup & uli lagi hingga sebati & sehingga tepung sudah lembut. Bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian ( bulat2)
6) mesin tepung
7) goreng tepung tersebut

senangkan?....kalau ada masa nanti trylah..Insyaa Allah sedap la tu , hu3

:) selamat mencuba


No comments:

Post a Comment