Sunday 21 July 2013

kisah si patin

Assalamulaikum & hi semua ;)

Ini kisah nak diceritakan perihal si patin...(eh bukan  Fatin Liyana , si blogger yang  famous tu, ahaks). Patin itu merujuk kepada sang haiwan yang hidup didalam air dimana daging nya sungguh lazat sekali kalau dibuat lauk (ni bagi penggemar ikan darat la kan).. Patin yang dimaksudkan juga adalah ikan patin yang selama ini dibela oleh pihak encik suami serta abahnya..Mereka sangat sayangkan ikan tersebut, walhal si abahnya bukanlah pengemar ikan darat tegar berbanding anaknya (merangkapkan suami aku le). Hampir setiap hari dijaga, dibelai & diberi makan  malah dicuci tempat kediaman haiwan tersebut supaya ikan patin itu dapat hidup dengan gembira & senang hati. 

inilah rupa akuarium di rumah aku, terdapat 2 ekor patin,
1 ekor kaloi gergasi & 1 ekor jelawat ( sebelum ikan patin yang sekor tu dibuat gulai)


Pada suatu hari iaitu jatuh pada hari semalam (ait..dah macam buat karangan sekolah plak), setelah sekian lama ikan patin itu hidup aman damai didalam akuarium bersama rakan-rakan yang lain~ jelawat & kaloi serta sekor lagi ikan patin yang lain....maka berlakulah satu tragedi dimana suamiku mendapati ikan patin tersebut seakan-akan tahu dirinya bakal menjadi lauk pada hari itu. Dirinya terdampar sepi sorang-sorang, wajahnya agak sugul & murung (mengikut kata suami aku la, ha3). Mungkin sedang menghitung masa untuk menyerah diri untuk disembelih..~wah ayat..ade ke ikan kena sembelih? hi3...dengan erti kata lain akan disiang & seterusnya dimasukkan kedalam periuk untuk menjadi satu menu yang menjadi kegemaran tuannya nye sendiri..;P


Ahernya, ikan tersebut selamat sudah menjadi menu untuk santapan tuannya...jadilah si ikan patin tadi sebagai satu menu yang diberi nama masak gulai asam tempoyak...waah gembiralah si tempoyak yang sekian lame menunggu untuk dipertemukan bersama didalam satu periuk..~ aish mcm jejak kasih plak dah..

bila dah siap mamang tak syak lagi lazat berkrim rasanya

best nyerw lah...slurp2..





Dek kerana takde sapa lagi dalam rumah ni yang gemar makan ikan ni~ hanya suami & aku jelah yang menikmati betapa sedapnya ikan fresh ini..(hi3 saje nak bagi gimik je tu, jangan terkiur lak ye, bulan pose ni), selebih yang ada kami bertukar juadah dengan jiran ajelah..


Dah cite panjang kisah si patin vs tempoyak ni, aku dengan senang hati nak share jugak resepinya, kan. Sebenarnya tak susah mana pun bahan-bahan penting  & utamanya ialah ikan & tempoyak mestilah ada..selain itu hanya cili api secukupnya & kunyit hidup secukupnya (ditumbuk lumat). Kemudian, masukkan bahan-bahan semua kedalam satu periuk dan rebus hingga masak. Jangan lupa tambahkan sedikit garam sebagai penyedap rasa. Andainya, nak lagi lebih masam masukkan sekeping asam gelugor (asam keping). Tapi selalunya, tempoyak itu sendiri sudah masam kan..terpulanglah pada citarasa masing2..resepi ringkas ini aku belajar daripada teman baik (Bff) aku masa belajar dulu..dia dah sememangya orang Pahang yang arif lagi sinonim tentang masakan ikan patin gulai tempoyak ni...hi3..suami aku pun yang asalnya tak reti makan, bila dah rasa..siap menambah....hu3 :P

kepada penggemar ikan patin & tempoyak , bolelah try resepi ni bila2 masa ye... sesuai juga untuk juadah berbuka nanti. 

k lah,Tq kerana sudi luangkan masa membaca entry ni...salam sayang ...^_^
bye2..


No comments:

Post a Comment