Thursday 15 August 2013

Nostalgia Aidilfitri 2013


Bila dah lama bercuti raya ni, nak mulakan balik segala-galanya memang malas..termasuklah nak mengupdate blog ni. Bahan dan cerita dah ada, cuma nak olahkan jadi sedap macam biskut raya & rendang ayam tu yang 'M' nye... mengatasi yang lain~mim alif  lam sin...adudududui ;P


Oklah, nak tunggu enjin panas kena la start minyak nye dulukan...so, nak mukadimah nye  kenalah karang dulu mane yang terlintas kat kepala ni. Banyak sebenanye story mori yang berlegar-legar atas kepala ni...sumenye pun dah tinggal memori aka nostalgia raya 2013. Alhamdullillah taun ni merasa aku beraya bersama keluarga kandung sendiri . Sebelum ni setelah sekian lama bertahun-tahun  beraya di belah tuan suami dahulu baru balik ke kampung sendiri. Memang banyak kelainanye..yang pasti semestinnya lah best, dapat berkumpul dengan family , jumpa sedara mara , sahabat handai serta jiran-jiran lama masa kecik-kecik dulu ..yang jarang berborak tetibe jadi peramah..bertukar-tukar cerita sampai masing-masing berat nak angkat punggung hu3



Bila usia dah dimamah masa & kematangan diri pun dah mula tebal, barulah perlahan-perlahan aku terasa betapa utuhnya erti syawal yang dikurniakan dari Ilahi. Syawal bukan sahaja mengajar aku erti kemenangan setelah sebulan berpuasa, malah lebih dari itu. Antaranya:-

1) kemaafan  daripada dosa silam secara aotomatiknya dapat disucikan dengan keikhlasan memohon dari hati ke hati..~ lepas tu terlupa lagi, buat lagi..raya taun depan mintak maap lagi > tu pon kalau sempat...kalau tak, jawabla kat akhirat nanti, hihu.

2) Kesyahduan bila ziarah teman-teman dan jiran-jiran lama masa kecik-kecik dulu...mana yang sihat tu alhamdullillah, seronok yang membuak-buak pabila dapat berjumpa. Paling syahdu lagi bila melawat tapak rumah lama masa kat kampung dulu...wah seakan ada air mata air lalu kat lopak mata ni...mane taknya, kat situlah tempat jatuh lagi dikenang & banyak lah memori semalam tercalit disitu....waaaa..sodih..;(

3) Kerinduan terubat  bila dah bersalam & bermohon ampun dengan emak & bapak. Tapi rindu yang tak bole bla bila berangan nak makan rendang air tangan mak (aish die dah buat dah~tak abis-abis), tapi tak kesampaian. Aku perlu belajar biasakan diri bahawa keadaan emak tak seperti dulu, uhuk3..;(. Rindu dengan suara lunak bapak yang mengalunkan takbir malam sehari sebelum raya. Aku rasa itu antara pengalaman yang paling rare - mat salleh kata. Jarang orang lain amalkan camtu..bapak je yang rajin, asal je esok nak raya tak kiralah raya puasa ke raya haji...malam tu mesti dia akan takbir..peh.. syahdu, beb...


4) Keakraban antara adik beradik kian terjalin. Bila dah ziarah satu sama lain tu secara aotomatiknya jgk, "air keruh yang dicincang, tetiba jernih & tesambung kembali" :P ~ cewah kombinasi pepatah sendiri 

dan 'KE' yang akhir sekali..ialah 

5) Kekenyangan yang berbaloi-baloi. Memang lah hari raya hari tuk berziarah-menziarahi, kukuhkan lagi jalinan silaturahim selain bermaaf-maafan. Tapi perkara yang paling aku suke disamping perkara-perkara itu, tak lain tak bukan...yakni makan. ngeh3x...best tu, datang-datang je mesti ' langkah kanan'. Pulak tu kalau makan sume nak rasa, benda yang pelik-pelik jumpa pun nak rasa..akhirnya kekenyangan yang tak terhingga, burp..! alhamdullillah..lepas ni maintainkan balik kondinasi usus tu dengan berpuasa...puasa ganti dulu, pastu kalau sempat buatlah puasa 6...^_^



Gitulah serba sedikit nostalgia raya pada tahun ni, tapi aku rasa tahun-tahun yang sudah pun lebih kurang sama, cuma situasi camni akan dapat rasa hanya setaun sekali...;) tak gitu?




cite panjang lebaq nu...gambaq takdok ke?? 

hi3 ade...sat na...nk tgk  gambag kan.. scroll lah ke bawah ni
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>










bersama ahli kuarga

dengan 2 orang bocah yang percicilan

anak-anak menakan aku

dengan wajah kesayangan hamba~ nilah makcik aku yang saling tak tumpah wajahnya persis emak

hihu; our small family katenya

sibiling yang sentaisa bersama


dekat bdr sri dmansara, umah abang: halamak sori la guys, gamba kabur & sedikit legam..




melawat tapak rumah kampung yang lama(muka langsung tak sedih
Padahal hati dalam tuhan je yang tau)


No comments:

Post a Comment