Wednesday 23 October 2013

Gelandangan....




Ntah...hakak pom kurang arif dengan maksud gelandangan  ni sebenarnya. Yang hakak tau gelandangan adalah golongan yang hilang tempat tinggal & pekerjaan yang hidupnya tidak menentu, tempat tinggalnya tidak tetap ( kejab hari ni dekat sini, esok dah kat tempat lain)...huhuhu kesiankan..? Macam mana lah boleh jadi cam tu?  Mengikut kata survey..mereka-mereka ni bukanlah majoritinya kurang waras & kurang upaya..tapi dek kerana kesempitan hidup & masalah kewangan yang melampau @ mungkin juga masalah-masalah yang kita tak tau...

Kekadang hakak pun sendiri tertanya-tanya golongan pengemis @ peminta sedekah & tak siuman merayau-rayau tu termasuk jugak ke dalam golongan gelandangan?...sebab kalau dilihat pada cara hidup mereka sama tiada bezanya..hurm...bile sok-sek2  pasal isu ni..teringat kisah malam tadi ,......
Hakak pergi lah makan dengan family..sesaja nak tukar angin makan kat luar kan.Tak sangka pulak pada masa tu, ada sorang mokcik ni~ yang  boleh dikira famous jugak la kat area tu...sebab dia selalu sangat dilihat oleh orang ramai berkeliaran tak menentu...port yang digemari nya sudah tentulah kedai-kedai makan yang ada kat situ.. Satu yang hakak salute dengan tuan kedai, dia sikit pun tak menghalau mokcik tu datang, apetah lagi nak dimarah nya..agaknya dia dah biasa..lagipun makcik tu tak kacau orang pun cuma dia suka sangat buat exercise tawaf dari meja ke meja berulang-ulang...duk perhati customer tengah makan ( haaa, ni yang hakak lemah ni, rasa kesian yang melampau kalau die duk tengok kita makan) . Asben hakak buat tak tau je...( sabo je la)..hakak yang tak biasa situasi cam ni rasa serba salah dibuatnya~ yelah takkan kita duk makan orang duk mandang je kan. Lalu hakak pun menyampaikan hasrat kepada asben untuk mengorder makanan lain untuk diberikan kepada mokcik tadi...Tapi asben cakap, tak perlu sebab dia tak akan ambil dan makan makanan tu nanti, habis terbias je... hakak kebingugan tapi hakak akur jelah kata-kata asben hakak tu..takkanlah die nak menipu lak kan.

Sesambil makan tu jugak ade customer di meja lain pun hulur-hulurkan duit belanja kat mokcik tu...die amik & hanya pegang-pegang je duit sambil ber'tawaf' lagi..Namun,  selepas tu, sudahnya dia pulangkan balik duit tu kat tuan badan yang bagi tadi...hakak pun tercengang la sambil buat muka heran...asben hakak sekali lagi selamba je meneruskan makan. Bila perut sudah kenyang & anak-anak pun dah mula merengek nak balik, kami pun beredar nak  bayar dikaunter. Tatkala melangkah ke kereta hakak sempat berpaling ke arah mokcik tadi...Tak sangka dia dah duduk siap-siap di meja kami tadi sambil menyuap makanan lebihan anak hakak  dan selepas itu menghirup minuman hakak yang ditinggalkan lebih tadi... Rupa-rupanya dia hanya nak kan 'bekas' atau lebihan orang lain...dah memang itu tabiatnya..& itu sudah di mind set kan didalam kepalanya.. barulah hakak paham... kesian... tak sampai hati pun ade...hu3



** moral of the story:  hargailah & bersyukur diatas  kehidupan, rezeki serta kesihatan  dari segi  fizikal & mental yang sempurna ...jika kita fikir kita susah, ada lagi insan-insan yang kurang bernasib baik..yang hidupnya lagi susah...^_^


No comments:

Post a Comment