Sunday 27 October 2013

kerana ' batu belah batu bertangkup'...:P


Semalam, berlangsung sudah Majlis Hari Potensi Taska Permata, sekolah si anak dara hakak tu, Meriah sungguhla sebab majlis untuk budak-budak kan...Gelihati, lucu & menghiburkan saat menonton pelbagai karenah & gelagat si anak-anak kecil. Ada bagusnya program sebegitu dijalankan setiap tahun bagi mencungkil bakat terpendam anak-anak kecil selain mendorong mereka menjadi lebih berani & yakin bila berada dikhalayak ramai.

Si anak hakak ni terlibat dalam bahagian Pentomen. Alhamdullillah dapat ditempat pertama, U....tak sia-sialah umi & abah dia sanggup cancelkan beberapa program termasuklah rombongan lawatan sekolah si abang dia...sanggup tu datang buat tahun terahkir bagi si ain sebagai  memberikan sokongan moral & semangat tuk dia kan.. well, memang happy & bangga juga, bila si ain tu menang...wah terasa 'sejuk perut ' hakak ni mengandungkan dia 9 bulan..berbaloi-baloi.. 

Ain berlakon jadi apa??..hi3 dia dipilih memainkan watak  sebagai batu belah yang memakan emaknya si mawar & si bulat...cam pernah je dengar citer tu, kan? dah tentulah orang sume tahu...cerita ni  cerita lagenda yang jadi bualan orang dulu-dulu dan still famous  pada masa sekarang...apalagi citer batu belah batu bertangkup' la tu... 

Tak heranlah jugak, si ain sepanjang latihan selama sebulan, balik saja rumah, tok abah nya sentiasa menyakat dia dengan alunan lagu 'batu belah, batu bertangkup ' tu sendiri. Siap mengajuk watak si ain sebagai batu :p hi3 ..Bila pulang dari pertandingan je semalam, seisi rumah sibuk duk tanya & bila diberitahu sendiri  oleh si ain dengan bangganya die telah menang tempat pertama..maka kembang la setaman ati si anak kecil tu...suke la tu...semua orang puji die hi3 ~ jadi batu pun bole menang...:D...walaupun bukan watak utama tapi agak penting jugak sebab itulak simbolik kepada kisah raykat tersebut..kalau takda dia, tak sempurnalah ceritanya, kan..

Hakak sendiri pun agak teruja & tumpang gembira diatas kemenangan si ain...sesuailah lah dia dengan watak realitinya tak kiralah dirumah , mahupun disekolah. Semua orang tau yang dia ni sangat petah bercakap, lincah & menghiburkan hati~ walaupun kekadang terselit kenakalan & kedegilan nya sebagai anak manja..Perkara yang hakak tidak sangka-sangka bila si abah ain pulak tersentuh & tercuit 'hati seorang bapa' yang tak semena-mena mengalirkan airmata tatkala menonton persembahan si ain ( bukan pentomen, tapi persembahan khas didepan VIP) . Masa tu, ain dipilih bersama-sama cikgu-cikgunya menyanyikan lagu tema " anak-anak permata"..dengan lirik yang mendalam & bermakna...memang touching masa tu, hu3. Abahnya  tak sangka dia seberani itu, menyayikan lagu dengan penuh perasaan, kondifen ;P disertai dengan gaya..selamber rock je dia...sangat 'osem' dikala itu ;)

Ini klip video yang sempat dirakam~ persembahan si ain yang membuatkan si abahnya sebak mengalirkan air 'mata lelakinya' hu3, maaf jika tidak clear ea..


Ini pula lagu sebenar siap ngan lirik yamg mendalam tu..sapa yang pernah jadi parents, mesti tersentuh, gitu.. ce  klik 




Antara moment yang sempat snap...tak dapat nak amik banyak-banyak sebab ramailah sangat parents yang sibuk nak jadi cameraman..





Pengantin comel ^_^





Tarian bollywood



Bacaan Ikrar








inilah pentomen nya " batu belah batu bertangkup" bersama barisan para pelakun yang berbakat :)





moment ni yang abah si ain tersentuh hati tyu..menyanyi dengan semangat & kondifennya si ain 
(tepi sekali belah kanan)~ mulut lebaq..suara nyaring hu3







Alhamdullillah..ni lah hasil yang sangat ' osem' itu..wink :)
tu lah dia si kecik ain...comel tal dia? hi3


Terima kasih kepada para guru yang berusaha mendididk anak-anak hakak, jasamu dikenang, wahai cikgu ^_^.....sEMOGa anak-anak hakak  menjadi anak-anak yang berjaya di dunia & di akhirat...amin...












No comments:

Post a Comment