Sunday, 20 October 2013

menghindar lebih baik daripada merawat

:: zaman moden yang semakin cangggih dan maju ni masih lagi ada yang percaya & taksub dengan ilmu-ilmu sihir (syaitan) sebab..makhluk-makhluk yang tak nampak dek mata kasar ini memang wujud dan  sentiasa ada di mana-mana.jadi, jika ada manusia yang sudi nak berkawan & jadikan bff tu makin bermaharajalela spesis ini.. Kadang-kadang naik seriau pulak dengar cerita  yang ada terkena santau, pukau & sihir ni. Merana seumur hidup ...malah membawa sehingga sampainya ajal...nauzubillah mintak dijauhkan..Maka bersesuaian dengan isu ini, aku nak kongsikan bersama  cara nak hindar daripada sihir yang dicedok daripada sumber-sumber dipercayai, In shaa Allah..kita hanya usaha, ikhtiar, doa & tawakal selebihnya Allah jua yang berkuasa.



Cara hindari sihir:

1) sentiasa dalam keadaan wuduk sepanjang hari

2) amalkan minum air limau nipis. baca 3 Qul dan selawat shifak, minum air tersebut & baki 1/4 air siram atas kepala.

3) amalkan mandi air limau nipis 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.

4) amalkan membaca sural Al- Jin setiap malam

5) Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh &Asar

6) Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut dihadapan pagar rumah , belakang rumah dan sekeliling rumah.

7) Tidur dengan bwerwuduk dan membaca 3 Qul, lalu disapu diseluruh badan kecuali bahagian kemaluan, untuk pendinding diri

8) Amalkan doa ini. 3 kali pagi & 3 kali petang...





dan ini








No comments:

Post a Comment