Wednesday 15 January 2014

Hanya PadaMu...



Sedikit coretan rasa sedih yang sukar nak ungkapkan...hanya diblog tempat kedua  selepas pada Yang Maha Esa untuk mengadu...Memang sukar nak carik kawan-kawan yang boleh share masalah sesama, tempat  landing shoulder sesama, menangis sesama & ketawa bersama..sebab hakak ni seorang perantau...bila dah merantau jauh daripada saudara kandung &  bff  yg susah senang bersama, nak carik yang dekat-dekat ( kekawan baru) sini memang cam tak hado...kalau hado pun sudi ke dia nak tadah telinga selalu...jadi penenang kita selalu..hu3....sudahlah hakak ni susah nak percaya kat orang..Tapi terima jualah hakikatnya...Yakinkan saje...Allah itu masih ada dimana-mana kita perlukanNya..tak gitu?

Sedikit bingkisan hati yang hanya boleh dapat dicoretkan disini...Selebihnya hakak tawakal saja pada Allah SWT:

"Mencari hikmah disebalik kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang sedang berputus asa. 

Hikmah hanya akan dapat dilihat oleh orang yang pasrah terhadap percaturan takdir Allah, Tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha untuk mencari ibrah serta kekuatan di sebalik apa yang sedang dan telah berlaku. Moga diri ini tergolong dalam golongan yang pasrah dengan ujian Allah..."


Ya Allah , mungkin tika ini aku sedang diuji..kuatkanlah diriku ketika sedih dan susah. Berikan lah aku petunjuk membezakan kebaikan dan keburukan ketikaku memerlukan jalan kebahgiaan. Jadikanlah aku manusia yang semakin tabah mengharungi kehidupan yang mendatang..


:( amin Yarabbal alamin.



No comments:

Post a Comment