Saturday 18 January 2014

kintang kintung

Disebabkan cuti, hobi memasak memang automatik datang tanpa dipaksa..Celik je mata , dah berlegar-legar menu apa nak disediakan untuk family.. Disebabkan hakak sibuk bekerja & jarang masak dirumah, rasa excited encip tuan suami terserlah dan dia sama-sama pergi cari bahan untuk buat lauk ...Gembira bukan kepalang bila dia bakal dapat rasa air tangan puan isteri nya itu...ha3...

Tanpa mengomel panjang, hakak mempersempahkan menu untuk kali ini....tadaaa....

Ini Ayam Ros namenye ;)
Ha3 menu yang biasa-biasa je sebenaqnye..tapi cukup membuatkan perut si suami & kuarga hakak kekenyangan....Alhamdullillah resepi yang dicedok daripada kelas memasak bersama GPW (Gerakan Persatuan Wanita) di tempat Hakak...;) nampaknya telah menambat selera seisi keluarga lebih-lebih lagi tuan suamiku itu, hu3..ni bukan nak up diri sendiri...tapi memang itu jawapan jujur beliau, kan. Nak wat cane?...hi3~dah menu kegemaran dia pulak...haruslah sedep...;P

Resepi Ayam Ros ini sama saje dengan ayam masak merah . Kalau dilihat daripada rupa memey sejibik kan?.Tapi yang bezanya ayam ros ni perlu 'campakkan' jintan halus & jintan kasar serta susu cair. Rasanya memang lain & lebih lazat berbanding resepi ayam masak merah yang biasa tu...;). Lauk ni juga kalau nak diolah kepada daging pun sedap juga ~pada firasat hakaklah...dan dilawan dengan nasi minyak/beriani (tapi kali ni hakak buat nasi ala-ala nasi ayam gitu) berserta acar timun dan nenas yang cam gambaq dibawah ni; 

Nasi ala-ala nasi ayam yang direbus dengan air rebusan ayam telah dibuang daun pandan & bahan ' sepah-sepah' lain

Acar nenas & timun

Biasa je kan menu nya....tapi bila perut sedang lapar ...yang biasa-biasa camni boleh jadi luar biasa...ha3...Yang penting hakak suka & family gembira...ye udah...
Rasanya satu kepuasan bila dapat memasak dengan air tangan sendiri daripada asik-asik makan kat luaq nuuu.. kennn...kenn...ken? Macam Hakak hari cuti jelah saat ini yang dinantikan...biarpun tak berapa nak ' hado' rasa hasil tangan tu,tapi family happy pun dah cukup...

Oklah..nak stop dulu...berjumpa lagi ye kita...'papaie'


No comments:

Post a Comment