Sunday 19 January 2014

Maling aka penyolong

Maling dalam bahasa jawa bila dialih bahasakan adalah bermaksud pencuri! . Musim sekarang musim hilang barang & pencuri tengah hot kat area hakak...Siapa pelakunya belum diketahui secara telus..tapi hint-hint nye rata-rata mengatakan si drug addict yang terdesak kesempitan wang punya angkara...Dunia sekarang semuanya duit, kan...semua bende yang difikirkan boleh mendatangkan duit, habis dia 'sapu' tanpa kira halal haram & risikonya selepas itu...Janji duit dapat & 'barang' yang dihajat berada dalam tangan...peh, bahye..bahye...

Sebelum ni, sudah banyak kes barang-barang orang kampung ni di'nyolong'nya... Baik barang keperluan, barang peribadi serta hasil kebun orang pun hado....duit jangan cakap lah.... Mula-mula dulu hakak tak percaya & tak endah sangat, yelah tak kena kat badan sendiri... Ada yang ngadu abis periuk belanga pun jadi bahan curi si maling ini!...duit pun tak kurang hot juga... Lebih menggelikan, petai & jering juga pun selamat di sapu..tinggal pokok nye je...malah, hewan ternakan pun lesap....licik betul kan... Pada musim buah aritu pun ada buah durian orang kampung di'ghaib'kannya..& hasil 'tuaian' tu dijual balik kepada orang-orang kampung yang tidak mengetahui kisah asal-usul datangnya buah durian tersebut..kikikiki kelakar kan...tapi mesti mendatangkan kebengangan kepada pemilik buah durian tu..hu3, Siaplah lengkap dengan sumpah seranah & maki hamun...tak berkat & tak senang hidup si 'pencopet' tu, kan..Tapi sume tu ape dorang pedulik?

Terbaru, pagi ni mak mertua hakak pulak mengadu..buah cempedak kesayangannya yang diniatkan untuk dibahagi-bahagikan kepada jiran tetanggga juga telah 'ghaib' !... Kejutan ini juga agak menjengkelkan bila sejak beberapa hari ni, jiran sebelah baru je kehilangan ayam-ayam ternakannya...ha3...memang bedebah betul, dah desperate sangat la tuw....aish, entahla...





Ayam Kampung ternakan Encip Hubby hakak

Ni ialah ayam-ayam ternakan encip suami hakak..tapi yang nasib baiknya..si maling tersebut belum dapat 'hidu' lagi port ayam-ayam ni...Bila dah terjadi kes curik-mencurik ni, dengan serta merta lah encip suami mengambil langkah berjaga-jaga...'Port baik' ayam-ayam ini bakal dilock/mangga  pintunya & kemungkinan juga akan dipasang CCTV untuk memerangkap aktiviti si penyolong tersebut~ yelah tu...tah buat ke idak...tak tau le tu ha3...Selain tu hakak cadangkan buat je report, biar akan datang berlaku lagi, pihak berkuasa akan standby je... kita tengok sapa yang kena??..."sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ketanah jugak"..tak gitu??

Yang merisaukan hakak, bile dah terjadi kes kecurian yang dianggap 'kecil' ni akan terus bermaharajalela serta 'berkudis' menjadi kes lebih besar seperti pecah rumah, samun & paling mengerunkan melibatkan kes tetak, culik & bunuh!....Waaa! takut tu..lebih takut daripada tengok cite antu.... Manusia sekarang dah tak takut dosa & undang-undang...asalkan dapat memenuhi kepuasan hidup....Mohon dijauhkanlah...;(






No comments:

Post a Comment