Saturday 11 January 2014

kulitku bertuka menjadi peta 'gegata'...owh..gatal nye...:(



Ieuwww...geli kan tgk pic tu...tapi itula hakikat 'musibah' yang hakak hidap sejak 2 hari kebelakangan ni...Persis kera kena belacan dibuatnya..terkeruk-keruk ( kata ganda bagi orang lenga) aka tergaru-garu. Kalau tengok 'peta' di gambarajah atas...macam ngeri pun ade kan...nak ukur keluasan hektar persegi 'negara' kat 'peta' tu tak terukur luasnya, ngeh3...Abes segenap ruang kulit hakak kena serang dek sipmtom ini...Mula-mula rasa gatal biasa je dekat belakang badan...bila dah sedap menggaru, merebak pulak ke tangan, kaki, peha dannn....pendek kata keseluruh seantero kulit badan hakak dihidapnye...hu3...gatal tak terhingga...Bila tiba malam lagilah bertambah meriah kegatalannya sampai tak bole nak tido!...garu...garu...dan garu...diselang selikan dengan sapuan minyak dakam( minyak angin yang femes kat sini), minyak kelapa dara lah, bedak baby..& bermacam lagi...peh...hasilnya?...sama juga, tak berubah....malah kulit makin terasa pedih pulak...

Ada yang kata ni penyakit 'lapar garam' ...nak kena sapu garam ler tuw..tapi hakak tak berapa nak gigih pulak nak sapu garam memalam buta , sanggup menahan sampai pagi...hu3...Maka keesokan harinya( hari ni ler), bila selak-selak cerita pasal gegata kat google...baru terjumpa satu petua yang katanya mujarab: ~ guna tepung beras diuli dengan air, kemudian gentel tepung tersebut then golek kat kulit yang kena gegata tu...pastu tgk satu magic berlaku, tadaaa...ada bulu-bulu halus yang terlekat kat tepung tu...Bulu-bulu tu haruslah dibakar dengan menggunakan api lilin...so kena standby lilin lah gitu...dah macam citer bewitch plak ea?...tak pun cite ahlil nujum pak belalang...kuang3...~ kata nye bulu-bulu halus tersebut ialah hama @ habuk yang kita tak nampak yang  menjadi puncanya gatal itu berlaku...Bila dah digolek-golekkan dek tepung tadi...maka gumpalan habuk @ hama tersebut terhasil...Papahal harus dicobak ini petua...nelah tau kan, menjadik..So, kejab kang singgah kedai p beli tepung beras noo....

Kalau mengikut teorinya...gegata yang melanda hakak ni dah memang sinonim dengan diri sejak kecik lagi...cuma sekali sekala kalau dia nak mai tu...tak bagi signal pun terus je kena...Hurmm nak wat cane kan...Hakak anggap je ni satu ujian...yelahkan penyakit itu adelah penghapus dosa-dosa..so, redha jelah...Harap lepas ni beransur pulih la...Tak tahan nak menggaru je...

Ada satu g petua yang lain untuk merawat gegata ni...tapi yang ni payah sket kut sebab nak mencari bahan nye yang tak berapa nak hado zaman sekarang ni...tapi kita ada pilihan kan kalau boleh dicuba silakan..Ni pun hakak cedok daripada belog yang hakak duk selak-selak tadi;-


Bahan-bahan untuk rawatan:

1. Daun bidara atau daun sireh - 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2. Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3. Air suam sebaldi besar (standard).

Surah-Surah yang dibaca:

1. Shalawat Nabi -10 kali.
2. Al-Fatihah -7x.
3. Ayatul Kursi -7x.
4. Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x - utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).

DOA DIBACA SEMASA MERAMASKAN DAUN (SIREH ATAU BIDARA).







Walahualam....diamana ada ikhtiar disitu ada jalan..semoga menjadi panduan berguna buat semua...especially kepada yang pernah menghidap & terkena gegata seperti hakak...boleh lah cuba ye...^_^



1 comment: