Sunday 18 May 2014

tanggungjawab vs martabat

Assalamualaikum uols






Ape persepsi uols bile ternampak kalau seorang lelaki/suami menyidai baju di ampaian?(ni cite pasal orang-orang yang tak menggaji amah /orang gaji). 
Adekah u ols rs dia diqueen control oleh isteri @ takut bini? 
Adekah dia sendiri memang jenis lelaki yg suka buat keje perempuan (Mr. Mama) @ lebih tak sopan lg dia kategori lelaki lembut? 

Papepun persepsi hakak berbeza...lelaki yg seperti ini harus diberi pujian dan penghargaan(wlopun dia tak mintak). Lelaki camni yg membuatkan sejuk perut emak yang melahirkannya, bahkan juga perut isteri dia yg mengandungkan anaknya, huhuhu...Diwaktu seperti inilah jasa-jasanya diperlukan(ni baru sidai kain, belom cite masak, kemas rumah, jage anak-anak & sebagainya)...yelah semua itu tak terbalasnya jasa seorang isteri yg dari membawak perut, mengalami alahan, menderita sakit itu ini akibat 'ketidakstabilan hormon' dan sakit beranak demi 'benih' yg dihasilkan bersama hihihi..Jadi sama-sama jugalah mengharungi segala perjalanan kehamilan tu 'sehati sejiwa'. Bukan susah pun(yang cuci kain pun mesin kan?~tak taula masih ada lagi yang pakai tangan) jka nak dibandingkan kudrat lelaki dgn wanita yang kaya dengan sifat lemah lembut itu, lagipun bukan selamanya camtu..bila isteri dah kembali sihat, percayalah secara otomatiknya dia akan buat sendiri punye...mmg dah tu rutin dia kan?( kecuali yang dah biasa ada orang gaji)

 
beginilah ibaratnya tugas seorang isteri & ibu ~ tak kiralah yang bekerja (yg takde org gaji ye)
maupun surirumah sepenuh masa

Maka, kata-kata 'nista' yg beranggapan takut bini, poyo ke @ kena queen control, kenalah buang jejauh...tak jatuhnya martabat seorang lelaki yg biasa digelar kuat, gagah hanya kerana membantu isterinya yang sedang tak sihat @ sebagainya. Allah itu mungkin nak bagi can kat para suami untuk mendapat  pahala yg selama ini si isteri dapat daripada rutin harian yg dilaksanakan tanpa minta balasan dan keluhan itu... (jgn memain, perempuan ni mmg Allah bagi kelebihan untuk kumpul pahala yg banyak, lagi-lagi daripada tugas surirumah).. Oleh itu, tak menjadi dosa pun kalau menjadi seorang Mr mama... sweet ape? orang perempuan boleh buat keje orang lelaki...why not orang lelaki pun bole kan?. So, renung-renungkan...selamat beramal hihihi

No comments:

Post a Comment