Tuesday 16 September 2014

Nak anak cantik, baik, cerdik?

Assalamualaikum ...



Alhamdullilllah semakin usia kandungan meningkat, semakin membuak-buak  naluri untuk mencari perkara yang terbaik untuk baby yang bakal lahir...Rasa bersyukur juga kerana hati seorang ibu ini sentiasa dibuka oleh Allah  untuk mencari inisiatif terbaik demi kesejahteraan dan kebahgiaan diri sendiri dan anak dalam kandungan..Selain pemakanan yang sihat (takdelah properly sangat, cukuplah makan benda- benda yang baik dan disarankan), penjagaan kesihatan yang seadanya dan cara mengatasi stress ketika mood tak menentu serta amalan membaca surah-surah yang berkaitan ketika mengandung juga perlu . Selain baik untuk baby yang duk didalam tu, sedikit sebanyak satu terapi untuk diri sendiri tatkala merasa stress dan ketika masa dan ruang yang kosong dalam jiwa dapat diisi dengan perkara bermanfaat. Ade yang kata, ketika preggy nilah syaitan banyak datang dan suka 'menyucuk-nyucuk'..al maklom lah...mood selari dengan hormon yang tak menentu, macam-macam bende negatif boleh terjadi...Jadi jangan biarkan situasi ni membelengu diri..Sebagai orang islam dan berpedoman...carilah jalan untuk kita jauh daripada bersahabat dengan makhluk yang diberi nama syaitan itu.

Baby yang berada dalam perut juga perlukan terapi dan 'perangsang' yang positif supaya bila dilahirkan nanti akan menjadi anak yang baik dan mewarisi sifat-sifat terpuji. Siapa yang tanak kan?.. Memang pelbagai cara boleh dibuat antara nya  selalu perdengarkan lagu-lagu atau zikir harian yang lembut dan perlahan dan ayat-ayat suci Al-quran dengan menggunakan headphone diletakkan di perut si ibu..Tapi lebih afdal sekiranya si ibu sendiri ( yang pandai mengaji dan ade ilmu membaca al-quran) membasahkan tekak , membacakan sendiri demi baby itu, kan? Hakak bukan lah kata baik sangat dan terror sangat mengaji, tapi cukuplah boleh membaca dan orang tua-tua kata ' celik ' al quran...Jadi Inisiatif ini hakak amalkan demi si comel tersayang disamping untuk kebaikan diri sendiri jugak. Antara surah Al-quran yang selalu diamalkan ialah..



  • Surah al-Fatihah: untuk terangkan hati dan kuat ingatan
  • Surah Yusuf: untuk memperolehi anak yg cantik rupa dan akhlak
  • Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
  • Surah Luqman: untuk memperolehi anak yg cerdik
  • Surah Yaasinn: untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan


Selain daripada ayat-ayat diatas...ayat-ayat ini juga boleh diamalkan :
  • Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin
  • Surah at-Taubah: untuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat
  • Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin




kemudian  selepas tiap kali solat bacalah  Surah an-Nahl ayat 78 sebanyak 3x . Dia macam ayat selusuh la, bagi senang nak bersalin nanti. InsyaaAllah




Begitulah serba sedikit  perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk mommy preggy yang lain... jumpa lagi..;)





No comments:

Post a Comment