Monday 15 December 2014

2 weeks to go....

Assalamulaikum u olss, ;)

Kabare semua?.. harap sihat sejahtera lah hendaknya...setelah sekian lame memerap tak berupdate, sampailah masanye hakak ingin berkongsi dengan khabar berita gembira yakni..hakak sudah pun selamat delivered baby girl secara normal seberat 3.6kg pada 30 Nov yang lepas! tiada perkataan lain yang terungkap selain ALHAMDULLILAH dan syukur tak terhingga...ahernya suatu penantian pun terjawab.. ;)


Malas nak sembang berjela ..meh hakak banje gambag baby yang diberi nama:

al-makna ialah: yang berjaya yang lembut berkilau,
 boleh panggil dalisa.. ( yg senang sebut~ " Zhufairah tu macam berbelit lidah pulak, kan)

baby girl fresh from oven

Tido & Tido adalah hobinya

Si bam-bam kena pakai spek (elak silau lampu velvet)

dalam wad NCIU ( jaundice daaa...)

Cantik tak kain bedung saya~ macam ulao sawer

Gitulah al-kisah baby girl yang ketika belog ini di update baru je 2 minggu umurnya..;) . 

Bab melahirkannya memang tak makan masa yang lama..sekejab je sakit (tapi sakit yg tahap sakaratul maut gitu ~ sapa yang pernah beranak tu tau le rasenya camne). Tapi...jahitnya , mak aih!...lama bebeno...maklumla baby semangat, so..luka pun ..kusss semangat!.." bersimpang siur 'traffic light' hakak dibuatnya..huhuhu serem! 

Tak cukup dengan itu...hakak pulak mengalami bleeding yang agak teruk sampai lebih kurang 800ml darah hilang!...so kena tahan le kat bilik rawatan rapi kat Labour Room untuk dipantau dan digantikan darah yang dah hilang tu...Siksa habag hang macam orang nazak layaknya hakak masa tu, dengan wayar berselirat kat badan..tak dibenarkan jejak lantai sampai lah diri stabil. Perkara yang dibenarkan adalah tido dan rehat...makan minum semua disuap...sadis.. Padahal sedar lagi masa tu, cuma tak bermaya jew...Memang pengalaman ' indah' betul rasanya... Tapi bila dah ok..dan boleh balik umah... ujian Allah tu datang lagi bila baby suspect jaundice yang agak tinggi sehingga dinasihatkan perlu masuk ke wad untuk rawatan rapi..(duk bawah lampu le jawabnye...huhuhu) Nak tanak berpantang kat dalam wad la kami anak beranak...

Now, kembali ke rumah dan baby hanya dipantau melalui Klinik Kesihatan berdekatan saje...Harap selepas ni, semuanya akan berakhir...dan keadaan seperti biasa..Hakak kini berpantang di rumah kakak di Ijok..;) semoga dipermudahkan dan selamat sehingga habis tempoh berpantang..doakan kami ea.. :)

ok, penat dah ngomel...baby pun dah merengek mintak susu...kita stop dulu kisah bersalin ni..sehingga berjumpa lagi pada tah bila masa yang sesuai nanti...daaaa






2 comments: