Tuesday 19 February 2013

Mencari ketenangan hati & keberkatan hidup ^_^

Assalamulaikum....



Perkongsian pada kali ini berbentuk ketuhanan & kemunajatan terhadap Tuhan Maha Pecipta lagi Esa. Aku suka berkongsi tajuk-tajuk seperti ini bukan lah nak tunjuk alim warak @ akulah insan yang paling baik dalam dunia, cuma sesekali ingin saja-saja berdakwah secara 'kecil-kecilan'. Ustad aku ade cakap berdakwah cara macam ini dikira satu ibadah, secara tak langsung kita juga dapat manfaatnya & in Shaa Allah akan dikurniakan pahala oleh Allah SWT. Apa salah nya kalau kita nak kumpul pahala sikit-sikit kan, sekurang-kurangnya dapat juga 'cover' dosa kita yang kita tak sedar dah menimbun tu..hu3.

(belum-belum dah iklan)
Antara genre muzik yang menjadi kegemaran aku adalah nasyid, lagi-lagi nasyid daripada kumpulan yang otai. Antara lagu yang aku sangat suka dengar lagu nilah...kadang-kadang buat penenang untuk hati yang gundah...  >> Munajat Seorang hamba dari Hijjaz...mau menitis air mata jugaklah...bukan ciwek tapi..toucing gitu...



kalau nak dengar just klik jer  dibawah ni:
http://youtu.be/4oY4TKmiCf4

(ok, iklan dah abis)....



Bagi aku, sebagai seorang hamba untuk Sang Pencipta...sujud & akur dengan perintahNya adalah satu perkara wajib. kalu nak dikira nikmat yang Dia bagi memang tak terhitung nilainya berbanding apa yang telah kita buat untukNya...sejak dari azali, dalam perut mak  lagi Dia telah berikan bermacam-macam kenikmatan yang tak ternilai..Jadi, sebagai hamba yang hina lagi kerdil ini aku melatih diri untuk selalu bermunajat & mengingatinya ~ walaupon sebenarnya kadang-kadang sebagai manusia biasa aku lupa & khilaf...

Kalau nak dikira amalan yang pernah aku buat, memanglah sebesar kuman je jika nak dibandingkan dosa yang dah menggunung. Tapi aku berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi hamba yang taat , yang mencari keredhaan, keberkatan & ketenangan hidup....he3..~boleh ke?? In Shaa Allah...^_^

Apa yang dikatakan Mencari ketenangan & kebekatan hidup( seperti tajuk diatas)?   
Selalu kita dengar & tau...santapan, hidangan @ senang kata makanan untuk tubuh badan( fizikal) . Tanpa makanan kita akan lapar @ kalau lebih teruk lagi dipanggil kebulur,ngeh3....aku sendiri juga akan tersengeh sendiri bila bicara pasal ni, yelah mana tak nya...kalau tengok pada posting dekat FB, hampir setiap hari ade je macam-macam jenis makanan yang aku post~ sengaja le tu nak bagi kecur air liur orang lain..nak buat camner dah memang aku pencinta makanan, hu3....tapi ada yang kata tak baik post-postkan gambar camtu, bila orang lain tengok , teringin...kan kesian..tapi aku buat jugak, nakal kan??....maaflah kawan-kawan, lagipon bukan aku sorang ramai lagi yang buat cam tu..he3...








Ok, tu santapan untuk fizikal. Yelah kita makan setiap hari sebab nak teruskan kelangsungan hidup. Kalau tak makan sampai kebulur, dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan malah akan membawa kepada maut, tak gitu?? Namun, untuk meneruskan kelangsungan hidup juga santapan rohani pun patut diseimbangkan dengan santapan fizikal tadi, barulah hidup kita akan rasa lebih bermakna & itulah yang sebaik-baiknya yang kita perlu lakukan sebagai seorang hamba Allah..;)

Aku bukanlah nak kata baik sangat,  malah tak lah jahat mana pun kan...tapi aku ikhlas nak kongsi dengan korang semua antara santapan rohani yang selalu aku amalkan untuk ketenangan & keberkatan rezeki dalam hidup seharian.Santapan setiap hari ini memerlukan 'menu' yang aku kira tak pernah bosan untuk lakukan. Tak macam santapan fizikal tu kalau asik makan megi je ari-ari mau bosan kita. Tapi santapan rohani ini, buatlah ari-ari sekalipun In Shaa Allah x bosan punya...;)~ sbb dh terbiasa...Cuba lah buat ;_

"MENU HARIANKU"

1) "Minum Pagi" _ Solat Subuh, selesai solat, kalau rajin bacalah Yassin~ supaya hari yang kita lalui pada hari itu, jika ada masalah, akan dipermudahkan Allah... Selepas tu kalau boleh jangan tidur balik sbb rezeki tgh murah pada mase tu...




2) "Sarapan Pagi"_Solat Sunat Dhuha~ untuk murah rezeki & ketenangan hati




3) "Makan Tengahari"_Solat Zuhur

4)"Minum Petang"_Solat Asar

5)"Makan Malam"_Solat Maghrib

6) "Sapper"( btul x eja ni)_Solat Isyak & sebelum tidur baca surah al waqiah~ ini juga untuk murah rezeki & keberkatan hidup..




tuje...hi3...semua orang boleh buat kan? Sape yang selalu amalkan & tak tinggal menu ni...memang "diet" hidup dia akan terancang,  kesihatan rohani terpelihara, mendapat ketenangan & keberkatan dari Allah SWT, In Shaa Allah.


"Yang baik itu  dari Allah SWT, yang buruk tu  semestinya dari aku”...kalau aku coret ni ada yang salah maafkan aku sbb mcm aku kata tadi, aku bukanlah baik sangat, malah x perfect pon....

semoga perkongsian ini sama-sama kita dapat manfaatnya....

stop dulu, nti bila-bila sambung, k...tq kerana sudi membacanya...



No comments:

Post a Comment