Wednesday 20 February 2013

Untungnya ‘berkasih-sayang’ dengan alam

Bak kata orang yang dah makan ‘garam’ , berbakti dengan tanah kemudian hari kita akan dapat hasilnya . Aku sememangnya sinonim dengan panggilan timangan ‘alam’ secara automatiknya ada chemistry dengan alam semulajadi sejak azali lagi...bermula zaman kanak-kanak, mak & bapak aku suka bercucuk tanam, tak kiralah sayur mahupun buah-buahan. Pendek kata puas lah makan sampai tak habis hasil daripada ’tangan sejuk’ mak & bapak aku. Orang-orang tua memang champion bab menanam ni, kalau ada rezeki boleh merasa sampai ke cucu cicit . Sayangnya, akibat bencana banjir yang kerap penyudahnya hasil tanaman seperti durian,rambutan, duku, langsat, manggis, pulasan & buah-buah kampung yang seangkatan musnah begitu sahaja. Memang sangat menyedihkan bagi kami adik-beradik. Tiada lagi pengalaman menunggu durian gugur dipondok sambil bertemankan nyamuk, tak merasa lagilah kami nak memanjat pokok manggis & tak ada lagi ‘urusan jual beli’ untuk dibawa kesekolah~ dulu siap bawak kat sekolah, jual buah langsat & duku. Betapa seronoknya pada waktu tu, tapi semuanya tinggal kenangan. 

Namun, aku bertuah kerana masih lagi dapat merasa hasil tanaman ‘air tangan’ mak mertua aku. Duduk di kampung memang terasa ‘heaven’...nyaman, tenang & hijau mata memandang. Lebih menguntungkan bila sekeliling rumah penuh dengan hasil rezeki Allah. Dah tak payah nak pergi ke kedai cari sayur, ikan (air tawar) pun hanya tangkap saja kalau nak. Kena pulak dengan tekak aku yang ‘tolak batu & kayu’ je, asal boleh dimakan, aku ok je...;)..hasil tanaman dekat sini alhamdullilah cukuplah untuk makan sekeluarga, mana yang dari kl balik kampung, peh..mesti teruja sampai siap tapau bawak balik. Hasil yang terlebih tu kadang-kadang boleh juga suka-suka buat tambah duit poket, jual dekat kedai..Menambahkan keseronokan lagi, sambil dapat berjimat-cermat, tubuh badan pun boleh sihat~Sihat dari segi aktiviti bercucuk tanamnya & sihat dari segi memakan hasil tanamannya...hu3 

Terlanjur aku dah mengomel pasal cucuk tanam, sayur-sayur..bla..bla...& bla.... aku nak sharekan pulak resepi turun temurun yang cepat lagi mudah untuk santapan~ tak kiralah tengahari @ malam. Memang sesuailah untuk dihidang pada bila-bila masa. Untuk kenduri kendara & majlis-majlis pun boleh...resepinya adalah “pecal jawa” yang menggunakan kombinasi sayuran kampung & moden dimana bahan-bahannya almost ye bukan semua aku petik  dari belakang rumah.... you know~ hi3 gediks lah pulak. 

 Antaranya:  



pucuk ubi




kangkung


kacang botor


Timun


Taugeh




Sengkuang


Tauhu


Cara nak sediakan mudah saje: 

1) celurkan sayur-sayur tadi ke dalam air yang mendidih, manakala pucuk ubi tu rebuskan lama sedikit supaya benar-benar masak & lembut~ kalau perut yang tak tahan tu boleh ‘kalah’, bagi yang minat makan mentah, taugeh & kacang botor tu tak payah celur. Begitu juga dengan sengkuang & timun, just hiris halus-halus gitu. Selain sayur-sayur diatas, banyak lagi sayur lain yang boleh digunakan contohnya, pucuk paku, kacang bendi, kacang panjang & lain-lain. 


2) Tauhu pula digoreng & dipotong dadu, Kalau nak tambah tempe pon boleh. Gorengkan juga tempe tu.


Untuk kuah pula: 


Bahan-bahannya ialah: 

1) Kacang tanah 
2) Cili kering ~ bagi yang suka ‘berasap-asap’ mulut tu boleh juga campur dengan cili padi 
3) Bawang 
4) Bawang putih 
5) Ikan bilis~ kalau yang suka belacan tu, boleh juga tambahkan 
6) Asam jawa 
7) Gula & garam secukupnya 
8) Cekur 

Cara nak sediakannya:


Goreng kacang, cili, bawang , bawang putih & ikan bilis. Kemudian blenderkan bahan-bahan tadi dengan gula & garam secukup rasa~ kalau rajin nak tumbuk guna lesung pon bole, macam dulu-dulu mak aku siap ada lesung kayu yang besar tu... Selepas tu masukkan bahan-bahan tadi kedalam bekas, gaulkan pula dengan asam jawa sehingga rata. Tumbukkan cekur secukupnya & gaulkan lagi sehingga sebati. Cedok kedalam mangkuk & tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil tu kacau hingga menjadi kuah. Ikut suka lah nak cair ke pekat. Kalau pekat sangat tambah air panas lagi. tadaaa...dah jadilah pecal jawa:






ni antara pecal yang pernah aku hasilkan, dimana kuahnya aku import dari homemade kakak aku sendiri



p/s: bahan kering tadi ( sebelum bancuh dengan air panas) bole buat lebih & simpan dalam peti sejuk, bila-bila nak guna just bancuh aje, boleh juga untuk dibuat cicah cekodok @ jemput-jemput & lempeng..senangkan? Menu ini bukan saja lazat lagi menyihatkan malah kaya dengan serat, aku kalau makan memang makan cam tu je, tak makan ngan nasi pun dah kenyang... Selamat ‘berpecal’...^_^ 


sapa suka makan pecal, sila lah like ye entry ni..hi3...mekasih ;)






No comments:

Post a Comment