Friday 22 February 2013

Tak rugi ikut sunnah nabi kita

Assalamaulaikum & salam jumaat ;)

Dihari jumaat yang penuh barakah ni aku dengan berbesar hati nak share pasal sunnah nabi yang boleh kita amalkan didalam kehidupan seharian kita setiap hari , lagi-lagi di hari jumaat.. amalan -amalan ini juga memang aku ikut jugaklah yang kebanyakan nya juga dah di galakkan sejak zaman 'kanak-kanak rebina' lagi oleh kedua mak & apak aku...

Memotong kuku:




 memotong kuku mengikut hari yang sesuai iaitu :


1. JUMAAT - Nescaya keluar dosa masuk pahala dan rahmat;
2. ISNIN - Nescaya keluar gila dan penyakit masuk sihat;
3. KHAMIS - Nescaya keluar penyakit dan masuk penawar.


 selain dari hari kat atas adalah MAKRUH:

1. SABTU - Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk penyakit;
2. AHAD - Nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan;
3. SELASA - Nescaya keluar sihat dan masuk penyakit;
4. RABU - Nescaya keluar was-was dan masuk kepapaan.





Sebagai umat islam kenapa kita perlu memotong kuku?

Ada yang mengatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang b***!!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung dan sebagainya. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

iuw..seriau kan? sampai begitu sekali effect nya kalau kita tak menjaga kuku...
Aku memang 'spesis' yang tak suka menyimpan kuku panjang. Dah menjadi habit, pantang tengok kuku sendiri & anak-anak panjang je mesti nak cepat-cepat potong, malah aku sanggup bermain 'police entry'  dengan dorang semata-mata nak potong kuku (sebab dorang fobia bab memotong kuku ni) . Entahlah mungkin aku rimas & geli dengan kuku panjang & lebih-lebih yang 'bertaik'@ada 'unsur-unsur hidupan' yang menumpang tinggal di sudut kuku tu....eiii...  (sambil menggeliat kegelian) hu3...:P
Amalan memotong kuku mengikut sunnah nabi, boleh ikut turutan seperti ni:


Selamat beramal yer... nanti aku sambung lagi sunnah-sunnah nabi yang lain~ Insya Allah ;)

sape yang suka jaga kebersihan & memotong kuku bila tiba masanya, ce like kat sini, mekasih...^_^

No comments:

Post a Comment