Monday, 18 February 2013

Sebahagian dari hidupku ^_^


Hampir 5 tahun...aku bergelar seorang surirumah sepenuh masa, semetelah itu juga selepas bergelar isteri orang aku tidak berkerja makan gaji hanya duduk rumah menguruskan rumahtangga, anak-anak & encip suami. hampir 5 tahun jugalah aku hidup dalam keboringan & dihimpit kerinduan untuk berkerja semula seperti sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan! Memandangkan sebelum itu juga aku sudah biasa keluar rumah pagi & balik petang, (kadang-kadang malam ) &  sudah biasa memegang duit poket sendiri.

Ntah macammana, mungkin juga berkat doa 2 orang mak yang dikasihi ( mak aku & mak mertua), encip suami & dari doaku sendiri yang hampir setiap hari x pernah bosan memohon….akhirnya aku telah dipertemukan ‘jodoh rezekiku’. Alhamdullillah kini aku telah bertukar gelaran sebagai wanita berkerjaya-~cewah…

Ramai juga yang bertanya…” eh, Sal ko keje ape, eh? Wiken pon keje…bangle pon cuti tau wiken”…har3….biar ‘p’ la orang nak kata apa yang mencari rezekinya aku..& yang memberikan gajinya bos aku…hu3…disebabkan itu, pada hari yang berbahagia ini  yakni merangkap hari naik sheikh untuk berblog…aku berbesar hati nak kongsi pasal kerja aku…well, aku bukan lah orang-orang hebat yang bergaji besar, berkereta besar & ber’opis’ besar seperti mana orang lain…aku hanya makan gaji & sekadar menggalas tugas & amanah ~yang selama ini aku beriya sangat: nak keje…nak keje…,nah sekarang bekerja lah aku sebaiknya…sekurang-kurangnya dapat membantu encip suami, buat jajan anak-anak & paling penting kalau nak apa-apa tak yah nak ngendeng-ngendeng encip suami yang kadang-kadang pening kepala dengan isterinya ini..~ nak itu..nak ini…






Tempat keje aku adalah disini…dekat je dengan rumah & aku berbesar hati untuk meng’excersice’kan diri untuk berjalan kaki hampir setiap hari memandangkan jauhnya hanya 3-5 minit mengikut kelajuan aku berjalan.

Berbekalkan Diploma yang berjurusan berkaitan aku memulakan langkah kerjayaku sebagai Assistant Manager & selang beberapa bulan title sebagai assistant bertukar menjadi Branch Manager…yang mana part ni pon aku selalu akan dapat feedback seperti ini “ wa…..baru mula keje dah jadi manager, mesti gaji ko besar, kan?”…ha3 aku gelak je… Manager atas TITLE je, gaji ciput standard gaji kerani-kerani u know ( x caya bole mintak slip gaji aku)…sbb kat sini jawatan yg perlu disandang hanya manager & assistant manager…tak lebih & x kurang dari itu…tetapi….ha..ade tapi tau…kerja seperti aku ni tidak sesantai mana yang korang ‘mind set’kan…yelah setakat jaga cbc…duduk, layan fb..tunggu customer & layan customer…wooo…woo bukan setakat tu je ye…malah skop keje sangat-sangat meluas termasuk menyandang tugas-tugas cleaner & tugas-tugas menteri kabinet yang lain…kih3…sape yang keje cam aku ni pahamlah camner…takyah kot nak detail skop keje aku kat sini…wat semak ‘saujana mata’ membacanya kan…





Ni aku ngan Assistant kesayangan aku…wani…ade chemistry x kitaorang…ade nampak kan aura ’kechemistrian’ kitaorg ni…ngeh3…








Ni plak angkatan rakan sejawat CBC  lain, Syafiq, Syafiqah,aku & wani







bersama rakan sejawat yang lain, semasa menghadiri taklimat SKMM  di JB


setakat ni dulu perkongsian pasal karier aku...nati ade nukilan lagi..akan di sambung dilain masa...wassalam

2 comments:

  1. Wahh..terselit juga ye gambar saya dalam blog akak..teruskan usaha mengembangkn blog ini..untuk sy juga..hehehe

    ReplyDelete
  2. mestilah....mekasih bg suntikan semangat

    ReplyDelete