Friday 22 February 2013

Tak rugi ikut sunnah nabi kita part 3

lagi-lagi sunnah nabi..hi3..sebab aku suka berkongsilah aku nak cita lagi pasal  sunnah nabi kita part 3 nya...iaitu:

Menjilat jari selepas makan



Yang part ni aku tak rasa geli langsung sebab dah tabi'e aku sejak zaman 'kanak-kanak rebina' lagi aku dah diajar berbuat begini. aku sendiri pon selalu tengok bapak aku akan jilat jarinya selepas makan..mungkin bagi korang ada yang geli @ loya tekak kan..tapi ce luangkan masa untuk baca ni:



Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.
Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata, “Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”
Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.
Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.
Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.
Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.

ha...dah tau kan manfaatnya? aku dulu pun sebenarnya tak tau  sebab apa bapak aku ajar aku jilat jari lepas makan. Dia cuma bagitau, tak mau makanan yang tinggal tu membazir dibiarkan camtu je...mungkin juga masa tu aku kecik lagi..pemahaman aku tentang sains pun terbatas..jadi bapak aku memberi alasan yang mudah je lah... sekarang baru tau kan....jadi jangan sia-siakan makanan yang kat jari tu...& cuba buang rasa geli untuk menjilat jari tu, bukan jari siapa pun jari sendiri  kan...hu3

Selamat beramal....sape suka jilat jari lepas makan, like disini..hi3 tq.

No comments:

Post a Comment