Wednesday, 27 March 2013

kerja luar daripada zone :P

Pada 26 hb lepas aku bersama rakan seperjuangan (wani) telah dijemput untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan RISDA iaitu  karnival  Mini RTC di Bt 28.Kami juga  berpeluang membuka booth yang tak seberapa  (berbanding booth dari agensi yang lain) . Tugas kami hanya memerlukan modal 'air liur' serta  'pujukan manis'..&  berbekalkan ilmu didada~eh ceh..kami 'tabur'kan sahaja mana yang kami rasa patut untuk menarik minat pengunjung, Alhamdullillah...ramai juga yang  memasang telinga dengan celotehan kami.................Disebabkan cuaca yang terik dan keadaan kanopi kami yang berbahang...sedikit sebanyak 'menyumbang' kepada keletihan pada hari itu..hasilnya aku terpaksa mengganti cuti semalam dengan tidur, tidur & tidur  sepanjang hari untuk mengecas' kembali tenaga yang telah hilang , lepas tu siap pergi berurut dengan mak bidan lagi ( wah, mengalahkan ibu bersalin)...penat & letih yang teramat sangat lah katakan....hai ..tu baru tumpang program orang, kalau jalan program sendiri tak tau lah camna nanti...

Ok, cerita punya cerita, korang pun nak tau jugak kan, kami buka booth apa?...hi3, macam yang aku kata tadi..booth kami tak ada apa yang 'grand' sangat cuma pameran & kempen untuk menarik minat pengunjung menyertai program-program kami di Pusat Internet 1 Malaysia antaranya;- Klik dengan Bijak, GMBO, Pakej Komunikasi Belia & 1 Citizen....Apa?? tak pernah dengar ea...? aaa tu lah...kalau nak lebih detail boleh tanya aku kemudian atau berhubung sahaja terus melalui FB...;) Program-program ini memang sangat berguna & lebih kepada berbentuk ilmu pengetahuan dan seterusnya menggalakkkan kita menjadi rakyat malaysia yang bijak, berhemah & beretika dalam pengunaan alam siber..Kalau nak tau, Semua program ini adalah dibawah kelolaan SKMM ( Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia).....


bersama bakal peserta GMBO

Penerangan bersama Guru Tabika Kemas

Wani yang sedang menunggu pengunjung

En Maman & Cik Siti yang kusyuk mendengar

ADUN YB Haji Tahir Taat yang sudi menjengah

antara 'modal utama' kami

 credit to Nur Hazwani  di atas sebahagian gambar  diatas, tqvm

No comments:

Post a Comment