Sunday 14 April 2013

mee tomato


kali ni sesaje lah aku nak share resepi mee tomato yang baru je buat semalam sempena yassin wanita (buat pun gotong royong secara 'kawah' gitu)...bagi yang nak try...sila-sila kan lah ye..tapi resepi ni untuk makan dalam 4-5 orang @ cukuplah sekeluarga;-

bahan-bahan:
1) mee kuning sebungkus @ 2 .  kalau tak suka mee kuning, meehun pon bole, ikut citarasa memasing (dicelur dahulu)
2) buah tomato dalam 7-8 biji, lebih pon takpe (di blender) , kalau dah malas sangat beli je lah tomato puri tu...
3) cili kering yang dah siap diblender (ikut citarasa, mana yang suka pedas , bole letak lebih)
4) bawang merah (diblender)
5) bawang putih (diblender)
6) Daging  yang sudah siap direbus dahulu @ ayam pun bole
7) Udang
8) Fishball@fish cake kalau suka
9) telur ayam
10) sos tomato ( sebotol yang kecil)
11) sos cili ( sebotol yang kecil)
12) cili merah & hijau ( dihiris halus)
13) daun sup & daun kucai ( dihiris halus)
14) bawang kecil yang dihiris halus & di goreng garing>> kalau tak suka @ malas nak buat  pun takpe...(aku lebih prefer bawang buatan sendiri daripada yang dah siap sebab tu tipu punye, ha3...:P)
 15) garam, gula & serbuk perasa secukup rasa.
16) air bersih secukupnya( maklumlah nak buat sup kan)
17) sayur sawi( di potong halus)
18) lobak ( dipotong bulat@ ikut suka rasa masing2)


Cara buat;-

1) panaskan minyak dalam periuk
2) tumiskan bawang merah & bawang putih sampai naik bau @ bertukar kaler kuning keemasan gitu
3) masukkan cili kering, kacau sehingga garing
4) masukkan tomatoes yang dah diblender tadi
5) selepas bahan-bahan tadi dah masak, tuangkan sos tomato & sos cili (habiskan sebotol tu)
6)kemudian masukkan air bersih kedalam periuk mengikut anggaran masing-masing
7) selepas agak  mendidih sedikit, masukkan lobak
8) Masukkan daging rebusan tadi atau ayam ~mana yang tak makan daging, tapi tayah rebus
9) masukkan udang & fishball @ sebagainya ( kalau nak masukkan yang lagi advance mcm ketam pon bole, tapi dikhuatiri sup tomato tu nanti dah ilang rasa originaltynya..cewah...tapi terpulanglah...kalau nak masuk jugak...ketam tu make sure rebus setengah masak dulu )
10) tunggu mendidih lagi dan jangan lupa pecahkan telur kedalam kuah
11) kemudian masukkan garam, gula& perasa secukupnya
 12) akhir sekali masukkan sayur sawi & nak pelbagai sayur lain pon bole, silakan....
13) rasa dulu ,cukup rasa @ tak

***mee yang dah dicelur tadi bolehlah dihias dengan cili hiris, daun sup & bawang goreng sebelum dituangkan kuah keatasnya...

sekian & selamat mencuba...^_^


4 comments:

  1. kak... resepi da bg.. tolong masakkan boleh??? hehehe

    ReplyDelete
  2. manyak santek....

    kalau tak silap ade g balance kuah mee smlm...mee pon ade lagi kut...mai le dtg umh ha3

    ReplyDelete
  3. Nanti boleh cuba. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. yep....silakan ;) semudah masak maggi je ainul...hik3....

    ReplyDelete