Tuesday, 9 April 2013

terkonang tragedi oktober 2012 ;(


waduh, bila terkenangkan memang sadis , seriau & ngeri otot-otot perut nih.. Kisah ni tentang kereta wira en. asben ku yang pada masa tu baru je lepas melaram cat dan  'make-up' baru..al maklumlah kereta pun nak beraya kan...nak dijadikan cerita kereta ni dah pun jadi 'arwah' disebabkan eksiden teruk  pada bulan oktober tahun lepas...sebab tulah dikatakan 'tragedi oktober'..~ ce wah, sesambil tu nyanyi lagu awie- tregedi oktober tu...hu3.. Tah kenapa , mungkin takdir menentukan yang kereta tu akan tamat riwayatnya pada waktu itu, maka terjadilah 'tragedi oktober' tu dengan sadisnya... yang aku bersyukurnya..walaupun kereta tu dah 'habis teruk' tapi en asben yang kebetulan memandu sorang-sorang, tak apa-apa dari segi kecederaan fizikal, emosi mahupun mental :p...fuh...lega sebaik juga dia tak bawak anak-anak sekali... kalau tak trauma 100 hari anak-anak aku...tah-tah lebih dari tu..yelah budak kecik kan... yang en asben plak ni....tah apa ilmu dia..sikit pun tak nampak effect nya..yelah kan, orang yang baru lepas mengalami eksiden ni  mestilah...rasa cuak, tak sedap badan, silap-silap bole deman setahun..hi3...tapi dia dengan selamba boleh balik rumah dulu ..buka tudung saji & makan! wah...suamiku...adekah?? tak rasa loya ke tengok lauk tu....mak mertua pulak yang tak lalu makan..dia boleh makan macam biasa....kelakanya lah...

Sudahnya si  wira  'WGQ 8956' ( ha3, boleh la amik nombor ni..manatau, naik...!!) telah bersemadi dengan amannya setelah 13 tahun berkhidmat kesana kemari...hu3..sedih la plak...~ kereta tu dah tak boleh diapa-apakan lagi...mujur pihak insuran bagi pampasan...betullah kata orang...setiap kejadian tu ada hikmah nya...kami ni kena redha...ada sebab Allah tak izinkan kereta tu 'baik' balik...mungkin sebab kereta tu dah habis teruk & langgar seorang manusia sekaligus meragut nyawa serta merta!!!~ suwey la katakan...:p ...kalau elok sekaligupun mesti 'tak sampai  hati' nak guna lagi...-ade bran ke??.....anggaplah apa yang dah Allah ambil dari kita tu, mungkin satu hari akan diganti dengan yang lebih baik..aminnnn~ tolong doakan ye kawan-kawan...hik3 :)

nak tengok ke keadaan kereta tu?. aku takada pic nye...en asben plak tak amik gamba..( tengah panic masa tu-langsung tak tau nak buat apa)..tapi contoh gambar untuk membayangkan keadaan kereta tu adalah  camni, wira berwarna hitam.

sekadar contoh

 " selamat tinggal wiraku, semoga bersemadi dengan aman" ;P

2 comments: