Monday 6 May 2013

kisah PRU 13 ;_P

 ho3.. ni bukan catitan yang berbaur politik...sememangnya aku tak  berminat & berniat  langsung nak cita pasal politik..bosan & dah fenat dah...cuma kisah PRU yang nak aku kongsikan ini adelah saat-saat manis bila berjumpa kenalan lama tatkala aku 'kembali turun' ke sekolah ~yang mana tempat aku belajar erti kehidupan sebagai seorang murid...sangat klasik ketika itu aku rasakan~ nak mengalir air mata sebak pon ada..bukan nya apa terharu bila terkenangkan tempat jatuh lagi dikenang tu..tempat tu jugalah mengimbau kenangan lama, mengusik jiwa~eh cewah...;P ...Target aku nak jumpa kengkawan 'old school' aku yang dah  lebih 20 tahun tak jumpa..hu3 ( lama kan tu?), tapi pe kan daya dek kelewatan aku sendiri....hanya seorang - dua yang aku masih kenal & berjumpa ( yang lain tu aku mintak maaf jika aku tak menegur, bukan apa ..kadang-kadang tak perasan....masing-masing  dah byk berubah)..& khabarnya 'bff' aku yang lain dah pun datang mengundi awal pagi...jadi tak jumpa lah ngan u olls...hu3..ampehz..

walaupon begitu, aku cukup gembira sekali bila berjumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajarku dari zaman tabika & sekolah rendah. Lebih mengejutkan, seorang guru tabika aku yang aku masih ingat name dengan panggilan "Cikgu Nona" , wajahnya tak dimakan dek usia...walaupun usianya yang aku kira dah menjangkau 45 tahun...muda jelita gitu...dari sejak aku 6 tahun lagi sampai ke la ni...awet muda selamaye....tertawan aku seketika..sayangnya aku tak berkesempatan nak bergambar dengan nya memandangkan dia sedang bertugas ketika itu & agak sibuk . Jadi tak sopan lah rasanya aku 'mengacau' tugasnya, lagipun aku sendiri yang nak bergegas balik mengejarkan hal yang tak sudah-sudah...:p
Apa pon...'turun'nya aku ke negeri tanah tumpah & tempat jatuh lagi dikenang ini buat kali kedua nya sebagai pengundi...meninggalkan pelbagai moment yang tak dapat dilupakan...Insya Allah, jika diberikan umur yang panjang...aku akan memilih untuk mengundi disini lagi dilain kali...;) ~ walaupon sebenanya aku dah merantau ke tempat lain...





No comments:

Post a Comment