Saturday 11 May 2013

ops..baru duk teringat !


Aiseh...ye ke arini sempena sambutan hari ibu sedunia? tu pun ade kenkawan aku yang wish happy mother's day kat aku..baru aku teringat..( anyway, tengkiu korangz)....

Tapi ada alim ulama' yang mengatakan tak elok kita menyambutnya secara besar-besaran @ erti kata lain 'haram'...eh...ye ke? (again)......aku pon tak berapa arif sangat tentang 'fatwa' tersebut, cuma pernah terbaca satu artikel (dah lupa daripada mana) mengatakan hari ibu yang selalu disambut oleh satu dunia selama ini mempuyai persamaan dengan kepercayaan kuno zaman dahulu yang mengagungkan 'satu' dewa ~yang dianggap ibu @ tuhan mereka...~ juga disambut pada hari dan tarikh yang sama...yang mana dewa tersebut disembah dan diberikan mandat yang tinggi seperti tuhan...fieeewww ( banyak pula ' yang' kat cita ni)...gitu lah kut cite nya...hu3..btul ke tak ni...sape yang lebih arif tu , tolonglah betulkan ea... .



Papepon... tak kiralah jatuh pada bulan mei ke atau bila ke...hari ibu bagi aku adalah setiap hari....Bagiku juga...ibu sepatutnya diberikan satu penghargaan yang tinggi..sesiapa pun sedia maklum...pengorbanan seorang ibu itu memang tiada tandingannya...walaupun jika dibayar dengan wang ringgit  tak ternilai harganya..kan? memadailah kita mengingati mereka ini dengan ucapan ikhlas dan jika perlu sambut lah seadanya...bukan berlebih-lebihan sehingga mencapai tahap pembaziran....tak gitu?.... mungkin pendapat yang mengatakan ' haram' menyambut hari ibu (yang disebut diatas) merujuk kepada perkara yang menyimpang..iaitu mengagungkan orang lain selain Allah SWT....cume minda & pemikiran kita sebagai manusia yang waras...fikirkan lah yang mana baik & tidak baik nya....siapa setuju?...angkat tangan !..ngeh3...






Dalam kesempatan yang ada nih, aku juga dengan berbesar hati ingin mengucapkan :-



Kepada mereka-mereka yang sudah bergelar seorang ibu, terutamanya sudah tentulah kepada mak kesayanganku Pn Hajah Robiah Cheming yang berada jauh dimata...walaupun dia memang tak pernah beronline apetah lagi berFB @ berblog..tapi  diharap ucapan yang jauh dari sudut hati ini ikhlas untuk dia...berserta dengan doa-doa kesejahtreaan kepada nya...akan sampai kepadanya, in shaa Allah, dengan izin Allah ;)



mak aku dah tentulah yang duduk di tengah2 barisan depan( ketika masih sihat) ... sekarang keadaan dia yang tak mengizinkan...dan tak sesihat ini ;(



Tak lupa juga ibu mertuaku, kekanda-kekandaku, rakan-rakan & semualah yang pernah merasa menjadi seorang ibu..termasuklah aku...hu3.... dengan ucapan:
"selamat hari ibu" ^_^...


3 comments:

  1. Salam Kak Sal.. Selamat Hari Ibu... Jom La Jalan2 blog eyza..

    ReplyDelete
  2. ooo ye, dh tgk dah....hihihii....

    ReplyDelete