Saturday 20 July 2013

1st try homemade murtabak megi ;)

Dek akibat kepinginan nak makan murtabak megi buatan tangan sendiri...mula-mula haruslah 'verangan' terlebih dahulu..maklumlah tak pernah buat sebelum ni...bila cite part berangan ni yang tak tahan...abis tak senang duduk dibuatnya..apa kerja pun tak jadi asik memikirkan camne nak buat menu ni...mulalah kepala ni menerawang...aku pikirkan..murtabak megi ni same buatan nya cam murtabak yang salu orang jual kat pasar ramadhan tu..yelah..mesti nak kena tebar roti canai dulu, pastu baru letak ingredient inti kedalam nya...Bab menguli tepung & menebar roti tu lah paling aku malas sekali..( sbb pernah try buat tapi tak pernah menjadi..hu3).Ghupenyer...ala2 cam buat telur dadar tu je..campurkan semua bahan2, pastu goreng dgn minyak yang sikit , api kena la perlahan kang ter'geseng' plak...kan. ;)

Alhamdullillah, dengan keinginan yang kuat tu, akau berjaya juga buat untuk juadah berbuka puasa semalam...best plak tu, anak2 & encip suami pun sukey...hi3..lenkali bolelah buat lagi dengan variasi inti yang lain plak...yang kali pertama ni, aku try buat dengan udang & bahan2 lain..nak tau ke resepinya??
hi3 boleh..meh la share:)

Bahan-bahan:
1) Megi Kari ( mee direbus dahulu)
2) Telur ayam ( anggaran sepeket megi-2 biji telur)
3) Bawang merah ( dicincang halus)
4) Cili merah & Hijau ( dicincang halus)
5) bawang putih ( dicincang halus)
6) Kentang ( dipotong dadu & goreng dahulu)
7) Tomato( dipotong dadu)
8) Daun sup & daun bawang ( di potong halus)
9) Udang basah aka segar
10) serbuk perencah kari
12) sedikit minyak
13) sedikit garam

Cara-cara buat:
1) Tumis bawang putih, bawang merah & cili, kemudian masukkan udang , kentang & tomato
2) Bila agak garing masukkan serbuk perencah & sedikit garam ( sikit je tau, kang termasin lak)
3) Masukkan Mee megi yang dah direbus 
4) Taburkan daun sup & daun bawang, gaulkan hingga sebati
5) pukul telur dengan sdikit garam , selepas itu masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi. & gaul.
6) Jerang kuali dengan sedikit minyak, kemudaian goreng dengan api yang kecil.
7) terbalik-balikkan murtabak tersebut ( macam buat telur dadar tu..~ati2 jagan terburai plak ye)

dah... cam tu je kut..lepas masak bole hidang & makan...

Inilah rupanya murtabak hasil air tangan aku, hu3...jadi tak??

masih dalam kuali

 dari jarak dekat, dia sikit punya tebal... terliuq tak ? kuang3x

kalau suka resepi ni, try lah buat sendiri kat umah, sesuai sangat tuk berbuka nanti..sila la ye..;)

No comments:

Post a Comment