Sunday 4 August 2013

raya..raya...raya



Masih berbaki lagi 2 setengah  hari lagi nak menjelang aidilfitri. Segala perkara yang takde kaitan dengan  raya, lebaran @ aidilfitri dah tak 'emboh' dalam diri ini. Sumenye memikirin hal raya, raya, lagi-lagi raya..ha3, mengalahkan bebudak kecik yang asik-asik tanya bila ari raya...Aduyai...mana taknya kalau ikutkan dalam jadual, raya taun ni turn raya bersama emak tercinta. Sudah pasti jugaklah, jejak je kaki  kat kampong nanti, insan yang paling tak sabar untuk ketemu adalah emak & bapak yang dirindui...lepas tu , adik-beradik, anak-anak menakan, sedare mare, sahabat handai..sume lah orang-orang kampung! hu3...

Takde ape yang aku harapkan, cukuplah pada taun ni, dapatlah aku raikan kemenangan bersama pameli terchenta secara sederhana tapi mestilah meriah..Taun ni ini juga sudah dijangkakan sama juga taun-taun sudah ~ sejak 2-3 taun kebelangan ni...Sedikit terkilan kerana tak dapatlah aku merasa air tangan emak yang aku rasa paling lazat & dirindui setiap tahun...;(~ walaupun hanya tuhan je tau yang aku ni kepingin benar nak makan masakan dia & duduk sesama menikmati juadah raya bersamanya..uhuk3..(bole tangkap leleh air mata ni)... Namun begitu, syukur dalam ati ni sebab emak diberikan kurniaan usia yang panjang, dapatlah kami adik beradik berhabis masa dengannya di hari lebaran nanti..In syaa Allah...( mak, tunggu tau kepulangan anakmu ini).

Sedih memang selalu menyelubungi kami adik beradik tapi, kenalah kami redha yang emak seadanya begitu..tak pelah ni mungkin dugaan emak didunia, mana tau kat akhirat nanti Allah kurniakan  rezeki kesihatan yang lebih baik & ganjaran yang berbaloi...Semoga emak semakin hari semakin tabah mengharungi kelangsungan hidup ini...tabik spring dekat mak yang kuat, cekal, tabah & bertahan dengan semua ini..Sayang emak, sangat-sangat!

Tak tahan untuk aku meneruskan celoteh ini lagi, abis dah airmata kang, rugi pulak pahala puasa kuini. Coretan ini juga, bukanlah kerana inginkan simpati tapi sekadar luahan anak rantau yang sebenarnya tak sabarnya lah nak jumpa emak...!

Selamat Hari Raya, Semua ^_^

4 comments:

  1. selamat hari raya juga kak sal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi3 selamat hari raya...;)
      mana yang terkasar base, terlanjur cakap
      ter...pape lagi..0-0 lah ye

      Delete