Takde ape yang aku harapkan, cukuplah pada taun ni, dapatlah aku raikan kemenangan bersama pameli terchenta secara sederhana tapi mestilah meriah..Taun ni ini juga sudah dijangkakan sama juga taun-taun sudah ~ sejak 2-3 taun kebelangan ni...Sedikit terkilan kerana tak dapatlah aku merasa air tangan emak yang aku rasa paling lazat & dirindui setiap tahun...;(~ walaupun hanya tuhan je tau yang aku ni kepingin benar nak makan masakan dia & duduk sesama menikmati juadah raya bersamanya..uhuk3..(bole tangkap leleh air mata ni)... Namun begitu, syukur dalam ati ni sebab emak diberikan kurniaan usia yang panjang, dapatlah kami adik beradik berhabis masa dengannya di hari lebaran nanti..In syaa Allah...( mak, tunggu tau kepulangan anakmu ini).
Sedih memang selalu menyelubungi kami adik beradik tapi, kenalah kami redha yang emak seadanya begitu..tak pelah ni mungkin dugaan emak didunia, mana tau kat akhirat nanti Allah kurniakan rezeki kesihatan yang lebih baik & ganjaran yang berbaloi...Semoga emak semakin hari semakin tabah mengharungi kelangsungan hidup ini...tabik spring dekat mak yang kuat, cekal, tabah & bertahan dengan semua ini..Sayang emak, sangat-sangat!
Tak tahan untuk aku meneruskan celoteh ini lagi, abis dah airmata kang, rugi pulak pahala puasa kuini. Coretan ini juga, bukanlah kerana inginkan simpati tapi sekadar luahan anak rantau yang sebenarnya tak sabarnya lah nak jumpa emak...!
Selamat Hari Raya, Semua ^_^
selamat hari raya :)
ReplyDeleteselamat hari raya juga ;)
Deleteselamat hari raya juga kak sal :)
ReplyDeletehi3 selamat hari raya...;)
Deletemana yang terkasar base, terlanjur cakap
ter...pape lagi..0-0 lah ye