Thursday 22 August 2013

tears form the heart



Tajuk kemain,,,,omputih...tapi biasalah kalau nak mengarang lebih satu perenggan, yang selesa nya bahasa ibunda, ye tak...Kang merapu bahasa asing kita dikatakan syiok sendiri, pahtu ade plak yang tak paham..hu3. Ok , berdasarkan tajuk:: translatenya ialah air mata daripada hati.... that's means lebih kurang camni lah maksudnya:" hati menangis takde sape yang tahu"..ngeh3..bole ke gitu? al-bedal jelah :P

Hari-hari yang mendatang, semakin lama semakin banyak dugaan, cabaran & ujian yang tak reti-ret jemu
 'menjengah'. Namun, ade baiknya jugak...bila dah selalu diberikan ujian..hati dan jiwa yang rapuh ni jadi kuat, minda & kehidupan kita jadi lebih matang...Sekurang-kurangnya ucapan Alhamdullillah tu perlu ada.Bukan ketika disaat kegembiraan aje, malah dikala ditimpa musibah juga perlu ucap kalimah tu sebagai tanda ingatan buat diri sendiri, yakni..ujian yang diturunkan itu adalah simbol @ signal bahawa Allah itu masih sayangkan kan kita...;).

Memang sakit bila hati ini disakiti, tapi yakin ajelah bahawa setiap ketentuan yang diturunkan itu ade hikmah , mungkin juga akan digantikan dengan perkara yang lebih baik. Percaturan Allah selalunya tepat dan setiap perancagan Dia untuk kita selalu nya betul.. Redha dan iklhas menerimanya, belajar latih diri & hati untuk senyum walau hakikatnya pedih seperti dihiris-hiris....Mungkin juga selepas ini aku perlu belajar untuk tidak bergantung pada sesiapa dan cuba jangan menyusahkan orang lain.Berdikari itu lebih afdal daripada berharap dan menunggu kebaikan dari orang lain. Jika tidak mampu adalah lebih baik berdiam daripada buat perkara yang akhirnya melukakan hati sendiri.

Pesanan ini adalah semata-mata untuk memujuk hati sendiri dan mungkin juga untuk renungan kita bersama..selain mengadu pada Sang Pencipta Yang Satu, di belog ni jualah tempat aku berkongsi curahan perasaan..kerana terlalu payah nak dapat kawan-kawan yang sanggup labuhkan bahu untuk bersandar & melapangkan telinga untuk mendengar...

kepada sesiapa yang sudi membaca curahan hati ni, terima kasih kerana  meluangkan masa anda ^_^, jangan serik ya....nantikan lagi coretan & omelanku di lain entri...daaaa...;)



No comments:

Post a Comment