Wednesday 11 September 2013

ini baru dikata "janji ditepati"

hu3...janji apekah?

Alhamdullillah, tu lah perkara utama yang nak diucapkan. Termeterai sudah janji & selesai sudah perasmian Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) kami 3 serangkai ~ Felda Lenga, Felda Sri Jaya & Felda Sri Ledang.  Ini lah janji kami kepada Boss Besar kami ( SKMM) yang selama ini menungu-nunggu PI1M kami ( bahagian selatan-dibawah kelolaan Redtone) dirasmikan... ;) walaupun Pelbagai dugaan & rintangan  yang kami lalui dalam membuat persiapan tapi perjalanan majlis kami dipermudahkan & lancar seperti apa yang di rancangkan...syukur..Ya Allah...

Sebagai salah seorang penaung @ peneraju PI1M , sudah tentulah rasa bangga dan gembira bila segalanya ini telah pun selesai dengan jayanya. Cuma berharap selepas ini, PI1M-PI1M kami  sentiasa mendapat sokongan penuh daripada penduduk komuniti khasnya dan In shaa Allah kami juga akan mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta memberi sehabis baik kerjasama & segala pertolongan demi memajukan kawasan Felda & penduduk ;) ~ Cewah...cam YB plak, nak berjanji itu ini :P





MAJLIS PERASMIAN DI FELDA LENGA










MAJLIS PERASMIAN DI FELDA SRI JAYA









MAJLIS PERASMIAN DI FELDA SRI LEDANG


Ketiga-tiga majlis telah dirasmikan oleh orang yang sama, beliau lah YB merangkap ADUN kawasan Bukit Serampang & mereka yang  mengiringi beliau juga orang yang sama:- yang selalu memakai baju color tema Redtone tu ialah En. Syed Taufik, Boss dari Redtone Communication & yang 'hemsem-hemsem' tinggi lampai berkemeja biru lembut tulah Boss Besar kami dari SKMM wilayah selatan, Tuan Syed Syed Isa...dua-dua dari kalangan Syed gitu...;)




KAMILAH PENERAJU-PENERAJU PI1M



Yang keenam-enam nilah kami peneraju-peneraju utama PI1M di kawasan masing-masing...dah macam cite P Ramlee tu kan..6 jahanam..ngeh3..tapi kami tak jahanam mana pon..ha3..

Setelah berhempas-pulas dan penat lelah bekerja...khabarnya selepas ini kami ada bercadang untuk celebrate & bergathering   sempena selesainya majlis-majlis kami ni...jangan jeles ea:P...In syaa Allah 16 Sept ni..dekat mana & nak buat apa?...hi3 tunggu lah khabar beritanya ye...rasa teruja pulak nak tunggu tarikh tu..hu3


Tunggu lah cerita yang bakal di update nanti...



No comments:

Post a Comment