Wednesday 11 December 2013

teringin jgk letuw...:P

Zaman maju ni dah  trend , siap  ada pre-wedding bagai. Belum Majlis akad nikah & resepsi pun dah ade penggambaran 'sebelum perkahwinan'...hurm...sangat sweet lagi  luving la kata orang zaman sekarang..
Jeles sbb masa kawen dulu takda camtu?? owh, no-no-no..hakak rasa tidak. Sukar nak samakan dulu-dulu dengan sekarang... Sekarang dah moden dan maju..Semua mende pun boleh buat...kadang-kadang yang mustahil pada masa dulu, dah tak mustahil bagi zaman sekarang...;

Pendapat hakaklah kan, biar jelah kut...depa nak buat pun asalkan tidak menimbulkan isu-isu berbangkit, tidak menjerumus ke kancah pembaziran & sebagainya..Yelah kan, nak wat shooting pre-wedding tu jugak memerlukan bajet ~ lainlah kalau ada yang nak sponsor juta-juta tu...mak aih..bertuahnye badan...Asal depa belanja duit sendiri & tak berhutang sana sini hanya semata nak nampak lawa & nampak  'wow'...biarin...nak buat kenang-kenangan katanya....lagi pulak kalau setakat bergambar yang tidak menjelik mata 'orang-orang timur' kita melihat, tak  mengapa kut...Taaaapi kalau dah sampai ber...ehem2 (pepaham la yer~ hakak sendiri pun segan nak taip), giler ko dik...belum halal lagi dah beraksi 'ranjang' depan lensa dan sekaligus untuk tatapan umum...miawwww ( tanjat kucing hakak)... bukankah itu haremmm & berapa banyak dosa yang kita nak tanggung dek non....waduh...hitung-hitungkanla sendiri setiap dosa yang kita dapat daripada setiap orang yang menontonyew...erm lahai...hakak dah berlagak nk jadik ustazah lah plop..~ sori takda niat pun.. Kalau omputih aka mat salleh yang buat,pe kita nak heran...tu mmg dah trend dorang kan...so, kita ni adaptasi trend dorang je...tak buat pun takpa kut , lagi baguih selamat dunia akhirat..maka majlis kita pun nanti lagi berkat..InsyaAllah... 

kalau nak dijadikan trend sangat, rasanya lagi sweet & luving kalau penggambaran 'sebelum perkahwinan' @ pre-weeding ni diganti dengan middle-wedding (lepas kawen aka pertengahan perkahwinan gitu) ngeh3...Kalau nak buat gaya apa pun, possing la camne pon, orang tak boleh nak kata pe dah...halal kan? ;P  Secara tak langsung mengeratkan lagi ikatan kasih sayang...takkan sebelum kawen je nak nampak manis kan...lepas kawen juga harus..malah dituntut..barulah dikatakan bahgia hingga ke Jannah...gitu tak??

hiuhiu...kalau ade set photography yang nak sponsor hakak & encip somi untuk buat seisi middle-wedding ni...nyiru tapak tangan ditadahkan...:P kikikiki teringin jgk le tu??-perasan je lebey...taklah..hakak gurau je.....malu siut.

ni jelah 'pre-weeding' hakak yang pernah ada..LoL...~upacara membatalkan ayaq semayang..aauww , harap tak menjolok mata :; alhamdullillah...hari ni genap 7 tahun perkahwinan kami...terima kasih kepada semua yang telah mendoakan..lebih daripada 40 orang telah berdoa kami bahgia hingga ke Jannah...amin..harap-harap begitula...:)




Coretan ini hanya sekadar pendapat, jika ada yang terasa hati & sentap dengan kata-kata hakak, harap maaf...Ia hanya sebagai teguran sesama kita manusia..harap dapat diterima dengan fikiran yang terbuka...Semoga uols yang dah melangkah ke alam perkahwinan tu, harap bahgia juga  dunia akhirat..............................
chow dulu ..mekasih kerana membaca bebelan hati ini ^_^ jumpa lagi


No comments:

Post a Comment