Thursday 20 February 2014

tetibe lak kan...

Assalamualaikum u olls...tetibe lak kan...hakak ni asik cite pasal diet,...obses sangat ke hakak ni ngan berat badan? gemok sangat ke hakak ni? sampai nak berdiet bagai?...hehehe tulah, tetibe lak kan?

Hakak bukan lah obses nao dengan berat badan, gemok ke ape ke, tapi....boleh dikatakan 'obses' jugaklah  dengan kesihatan sejak kebelakangn ni..tu yang benanye...imhp~in my humble opinion..~cewah speaking london gitu...(hi3), hakak nak diet sebab nak jaga kesihatan dan sangat sayangkan nikmat yang Allah bagi nim; macam kata ustad-ustad tu...sihat sebelum sakit...Bila lagi kita nak 'obses' @ dengan erti kata lain consent dengan kesihatan tubuh badan sendiri...& kalau bukan kita, siapa lagi??

Tapi kan...sejak mula ikut diet ni banyak perkara yang kita tak kisah selama ni tetibe lak kan amik kisah pulak...siapa-siapa yang buat diet ni mesti ade terperasan gak, kalau tak banyak , sikit pun mesti ada. Antaranya:-

1) Tetibe lak kan terajin masuk dapur & masak (sebab nak pastikan ramuan /bahan-bahan yang digunakan adalah low carbs),kalau beli kat kedai dah tentu-tentu berkilo-kilo karbo
2) Pada yang memang dah rajin masak tu, akan rasa lebih rajin lagi dan makin berhati-hati lagi bila gunakan bahan-bahan untuk masak. 
3) kalau pergi beli barang dapur , dah macam habit pulak mesti nak tengok ingredient kat belakang tu, kan? yelah nak tau bape carbs yang terkandung, padehal selama ni..main amik je..kalu tengok pun expired date ...
4) Secara tak langsung kepakaran matematik kita juga dah bertambah sebab setiap kali nak masak@ makan akan kira kalori dulu..ha3...
5)Bile dah terajin masak tu otomatik jugak akan terajin bangun pagi/awal sebelom subuh sebab nak siap-siap bawak bekal bagai g kerja..kan. Payah nak carik breakfast yang low carbs ni..tau-tau je lah malaysian food...'sume lazat lagi berkrim'
6) Tetiba lak...rasa consent dengan kesihatan tu akan muncul..mula lah nak cek ketosis..timbang berat badan & cek itu ini...Dulu, sume tu tak yah pun takpe...
7) Bukan pakar matematik je, malah masing-masing dah macam pakar sains..dah mula pandai research/tanya/share pasal pemakanan dan kesihatan. Kan bagus tu? Secara tak langsung kita dapat ilmu yang berguna, tak gitu?
8) Dah mula pandai minum air putih banyak-banyak..& say no to air manis.

Pada entry-entry yang sudah hakak dah cite yang hakak ni buat diet yang camne. Kalau diikutkan memang nak ikut segala pantang larang & apa yang boleh , ape yang tak boleh dalam diet yang disarankan tu..Tapi secara peribadi, honestly lagi hakak mengaku sebagai manusia biasa, tak mana nye 100% hakak ikut @ dengan erti kata lain tak buat clean diet. Setakat ni, sejak mula buat memang tak sentuh nasik, tapi cheating yang lelain tu kekadang ade jugak sikit-sikit.Hakak buat ikut keselesaan hakak dan tak perlu memaksa sangat.Bila dah tercheating tu..haaa mulalah  nak 'tebus' balik dengan cara (ni cara hakak la):

1) Biasalah buat induction balik
2) Buat workout sikit  
3) Detox (minum green tea~ untuk nyahkan mana-mana tak perlu )
4) Makan malam awal~ memang tiap-tiap hari camtu pun
5) Puasa sunat
6) yang ini sangat penting biasalah minum air putih lebih

Oklah...berjela pulop hakak ni..jari pun dah lenguh..kita 'pause' dulu..lenkali sambung lagi. Hakak stop dulu dengan pesanan::  "syukurilah nikmat kesihatan yang tuhan beri sebelum diambil balik satu masa nanti"






ta ta..^_^



2 comments:

  1. so rite.. jaga kesihatan pon ibadah..=)
    kita pon suka beauty n health. kalau sudi jemput la jengok2 blog kita jgk.. myb ada info yg berguna ntk akak.. =)

    ReplyDelete
  2. dah jenguk pon..;) nice blog...hi3...nti rs2 nk amik shaklee..akk bitau , k ^_^

    ReplyDelete