Wednesday 12 March 2014

Perkara yang dituntut..

Assalamualaikum, hai semua :)

Sebelum jemari ni melangkah jauh, hakak dengan rasa rendah hatinya ingin melahirkan rasa simpati dan tumpang sedih diatas musibah negara yang melanda dan hangat diperhebahkan sana sini...Semua orang risaukan tentang keadaan MH307, entah apa sebenarnya misteri yang tersurat-tersirat disebalik kehilangannya. Jadi , marilah sama-sama panjatkan doa agar segala persoalan akan terjawab dan segala kekusutan terungkai......amin...


Okeh, tanak komen lebih-lebih pasai tu sebab hakak pun bukan lah pakar sangat, biarkan masa dan keadaan menentukan jawapannya..kita tunggu jelah ye.. Ni nak habaq mai yang baru-baru ni hakak terpanggil aka terbuka hati (memandangakan ianya bukanlah paksaan) untuk menyertai kelas fardu kifayah iaitu kelas pengurusan jenazah...Kelas ni dianjurkan bersama oleh pihak JKKK kampung yang hakak duk menetap sekarang dengan Pejabat Agama Daerah Muar, sempena sambutan hari wanita. Kelas yang dikendalikan oleh pegawai pengurusan jenazah yang dilantik dan sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih kurang 20 tahun iaitu Ustazah Zabidiah Othman... Orangnye sangalah manis, lemah lembut tutur kata, walau sekali sekala tegas berbicara dan nampak muda daripada usia..peramah dan kuat berjenaka...yelahkan...kalau serius sangat nanti boring, ngantuk...Jadi Sepanjang kelas tu meriah la sikit disamping dihujani dengan pelbagai soalan dan ustazah sangat berhemah melayan setiap soalan. pendek kata kelas hari tu, sangat seronok dan terujanya hakak yang baru pertama kali menyertainya.

Nak kata terus jadi pandai lepas ikuti kelas tu takdelah..tapi sangat-sangat bertuah kerana banyak sangat ilmu yang selama ini tak tau atau terlepas pandang. Alhamdullillah, sebagai seorang manusia yang berperasaan sedikit sebanyak terselit rasa hiba, takut dan insaf dengan ketentuan Allah (kematian). Kalau takde rasa tu, tak taulah..Dalam seronok-seronok belajar tu memang ada meremang juga tatkala model jenazah dikafankan. Tetibe timbul perasaan takut disaat berdepan dengan sakaratul maut dan seolah-olah diri sendiri pulak yang berdepan dengan malaikat izrail!...padehal bukan jadi model pun..Tu perasaan hakak lah, belum tanye perasaan model jenazah tu sendiri..huhuhuhu. Menurut pengalaman model tu (tang tu jgk ustazah tanya pada dia), memang ada juga rasa lain macam dan seperti badannye terkena kezutan karen bilamana ustazah memegang tangannya dan menyuruh dia melafazkan LaillahaillAllah !~ walaupun pun kekonon berlakon sedang nazak dan menunggu masa...MasyaAllah... 
Tak taulah kalau hakak yang diberi peluang jadi model tu...sallute dengan kakak yang berani dan dengan ikhlasnya sukarela menjadi model pada hari itu...bukan calang-calang orang kan nak volunteer?

Ni adalah sedikit sedutan yang sempat hakak ambil, Maaf gambar yang sedikit tak jelas ( tak boleh snap lebih-lebih sebab dah diwarning oleh ustazah, ambil yang berpatutan sahaja) :P

Ustazah Yang memberi penerangan


Model Jenazah yang telah dibaringkan

Belajar memotong kain kafan dengan ukuran yang betul

Model yang telah siap dikafan


Begitulah kisahnya....Antara sebab musabab hakak beriya nao join kelas ni :-

1) Memang dah lama simpan dalam hati nak belajar...
2) Dituntut dalam agama
3) Jika hakak dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk menguruskan jenazah, hakak teringin sekali nak buat lebih-lebih lagi jika melibatkan ahli keluarga
4) Ilmu seperti ini jika diamal, besar pahalanya..InsyaAllah..

Menurut ustazah, nak kendalikan jenazah bukan boleh suka-suka atau main terjah je dan perlu ada ilmu didada. Sebagai ole-olenya hakak dapatkan jugak buku ini sebagai rujukan dan bahan telaah bila kelapangan..InsyaAllah kelas ini tidak berakhir disitu, ustazah mencadangkan akan dilanjutkan melalui bengkel yang akan datang untuk teori dan praktikal lebih mendalam lagi...;)







No comments:

Post a Comment