Monday, 17 March 2014

Cobaan....



Assalamualaikum para pendiet sekalian ;)

hai,masih ingat lagi kisah diet yang pernah hakak kongsikan pada entry-entry sudah? mana yang tak berminat nak baca pasal ni tidak ada sebarang paksaan , pilihan di tangan anda. Mana yang masih berminat tu, meh hakak nak sharekan pasal satu cobaan diet yang diceritakan oleh rakan sesawang hakak yang kebetulan sama-sama menjalani diet tersebut..kita biasa dengar dan baca tentang cabaran-cabaran diet rakan-rakan yang pernah hadapi, antaranya:

1) berhadapan dengan event-event tertentu semasa diet (kenduri-kendara, majlis harijadi, jamuan makan-makan pejabat, dll) ...ramai kan yang berdepan situasi camni, termasuklah hakak. Memang agak mencabar bile kita tengah elok-elok berdiet ade pulak jemputan majlis itu ini. Mulalah perasaan tersepit tu timbulkan..tak pegi karang, tak elok pulak...nak tolak pelawaan lagi lah tak baik..kan?

2)Melawan hawa nafsu yang lebih besar daripada iman. Biasalah manusia, kan..memang tak lari dari semua tu.Bayangkan makanan yang memang lazat didepan mata,tapi hakikatnya perlu dijauhkan sebab diet... takkan nak pergi berlari ke bilik menangis sebab tak dapat makan, kan?

3) Bile dah elok-elok diet, musibah kesihatan pulak menerjah..terpaksa berenti sekejab sebab memerlukan makanan-makanan yang membantu proses pemulihan serta kena makan ubat, kan?

4) Selalu sangat berdepan dengan situasi serba salah...kesian kan kat makanan, kekonon takut membazir ...betoi tak?





Tapi berlainan benar dengan kisah rakan hakak yang sorang nim..die ngadu ngan hakak siap menitis air mata, ngko..sian pulak hakak tgk dia. Ceritanya begini.....rakan hakak ni memang dah nekad untuk berdiet dan juga nekad untuk menjaga pemakanannya sehabis baik..nak sihat & kurus katanya..biasalah perempuan..bohongla tanak cantik, kurus dan sebagainya..kalau tercapai matlamatnya itu perkara utama sekali tiada lain, dah tentulah bahagia hidupnya..kan? 
Maka bermula dengan niat yang diterapkan dalam hati dia pun berdietlah mengikut rules yang disarankan. Memang smooth je lah perjalanan diet nye..dia sangat berdisiplin dan sangat-sangat menitikberatkan apa yang dia ambil semasa waktu makan...Pendek kata diet betul-betul lah ni...sampai satu masa (setelah 3-4 hari camtula)..ibu rakan hakak tu datang kat dia sambil sebak~ menangis air mata ibu gituh...Rakan hakak ni apa lagi, panicler. Ibu dia terus luahkan apa yang dia pendam sejak-dua menjak ni...rupa-rupanya ibunya rasa sebal dan sedih kenapa anaknya itu dah tak cam dulu...(kalau nak tau rakan hakak tu sebelum berdiet adalah seorang yang pemakan...hobinya dirumah adalah makan. Apa saja yang ibunya masak adalah makanan kesukaannya. Pagi, petang , siang, malam memang tak akan tolak bila ibunya masak...untungnye la kan). 
Ibu rakan hakak tu sedih sebab dia dah banyak hari tak makan malam lagi, nasi yang dulunya selalu abis, tak luak-luak. Sampai ibunya terasa dia ada buat silap dengan anaknya sehingga anaknya merajuk takmau makan dan jarang jenguk ke dapur!..MasyaAllah....sampai begitu sekali...(hakak pun ikut sebak).. Dalam kes ni, hakak tak menolak yang rakan hakak ni berdiet senyap-senyap , tak bagitau ibunya..sebab tu terjadi seperti ini...hu3..Bila dah berlaku camni, barulah rakan hakak tu tersedar dalam diam dia telah mengguriskan hati seorang ibu (SubhanaAllah, inilah perkara yang dia paling takut...terasa berdosa betul  dengan ibunya walaupun sekuman ) .. Dengan tak berlengah lagi dia memohon ampun kepada ibunya dan berterus-terang walaupun dalam segan~mungkin sebab itu dia tak bagitau ibunya, mungkin juga dia ingin menjaga hati ibunya yang beriya-beriya masak untuknya...hu3...
Bila masing-masing dah 'menjalani seisi meluah perasaan'..barulah keadaan kembali tenang semula..Barulah ibunya faham yang anaknya itu sedang berdiet cuma jenuhlah sikit rakan hakak tu nak menerangkan cara dietnya tu( mesti dalam ati ibu dia tu kata: " pe ke pelik diet ko ni??")..ha3...itu dia baru cerita yang dia tak ambil nasik! , belum lagi sentuh bab tak amik gula, sumber karbo yang lain-lain tu...mau tak haru ibu dia nanti......Pape pun..hakak nasihatkan dia kena berterus terang jugak,tapi step by step sampai ibunya betul-betul paham..jangan pisang berbuah dua kali, hihihihi hati ibu maaa kena lah kena tatang, kang kecik ati lagi...dosa besar tuh!

Jadi, kepada sesapa yang pernah mengalami situasi seperti ni, jalan terbaik adalah berterus terang walau pun hakikatnya kita segan :P


terus terang aje walaopun dengan 
muka ketat camni, hahahahah




The moral of story, berdiet bukan saja melatih melawan nafsu makan tapi menerapkan lagi disiplin dan iman yang kukuh serta bijak menangani cabaran yang mendatang..InsyaaAllah..:)


Happy Diet kepada yang sedang berdiet...& selamat berjuang! :)

2 comments:

  1. Saya dlu diet gak..blh turun belas2 kilo dlm 3 bulan..sbb nasi makan sikit jer..lps tu workout..bila dh dpt berat ideal, dh malas nk diet..tp workout is a must at least 4 times a week..sbb 2 berat blh maintain smpai skrg :)

    ReplyDelete
  2. patot le comey je cek mek ni..;)....btol2 stuju diet beserta ngn workout sekali mmg bole turun berkilo2 n mentenkan berat badan...

    ReplyDelete