Sunday 6 April 2014

jawapan yang belom pasti





Lately ni musibah kesihatan yang bermacam-macam...melanda diri dan keluarga. Kami hadapinya dengan tabah dan tawakal sahaja pada Allah. Bermula dengan si adik yang mengadu sakit perut dan demam. Kemudian si abang pulak mengikut..Kesian sampai lembik-lembik badan, ter'vera'2 dalam seluar memasing sebab tak sempat dan tak dapat nak kawal, keliru pun ye samada yang 'dikeluarkan ' itu angin @  'sesuatu' yang biasa kita buang semasa sakit perut :P  . Tak cukup dengan itu, mengaduh-aduh sakit di malam hari...memang tak sampainya hati...

Lalu si ibunya ini mohon pada yg Maha Menyembuhkan meminta ringankan bebanan kesakitan dan kalau boleh pindahkan saja kesakitan itu pada dirinya.Tanpa disangka selang beberapa hari, si anak dah mula kebah dan aktif semula, si ibunya ini mungkin sudah ditakdirkan ...bangun sahaja dari tidur keesokannya seperti " telah diserap" rasa sakit yang dirasai oleh anak-anaknya sebelum ini. Tapi kali ini, setiap sendi si ibu terasa sengal-sengal, kepala pusing, badan melayang-layang dan perut rasa tak sedap.Menahan sajalah si ibu...akibatnya makan pun tak selera,buat apa saja pun takde mood.Yang hanya dia mahu adalah tidur, tidur dan tidur. Lagi terkesan, si abah juga terkena tempiasnya, dia pun demam juga selepas si ibu...Maka, lengkaplah kami satu family diserang virus ' yang ntah tak tau' itu...Tabah dan sabar saja yang paling utama. Tak boleh nak merungut dan keluh kesah..sebab memang 'mintak' pindahkan kesakitan anak tu pada diri sendiri..jadi fair lah kan..semua merasa, huhuuhu.


Tapi sebenarnya bukan itu persoalannya. Sakit , masalah dan musibah itu memang mana-mana orang pun akan merasa. cuma kali ini sedikit ' kekonfiusan' melanda diri ini. Ianya manjadi tanda tanya juga bila datang secara serentak. Mana taknya bila hati ini terdetik dan hanya tuan badan yang faham dengan badan sendiri. Apakah ia??...hurm.... segan nak kobar sebenanye, tapi,,,, sejak buat keputusan untuk stop ambil 'pil racun' aka amalkan perancangan keluarga dengan ambil pil perancang. Alasannya dah lama sangat telan, dekat 5 tahun kut dan risau dengan side effectnya. Sejak itulah kekononnye merancang dan 'pandai-pandai sendiri'.Dan sejak dua menjak ini baru terperasan yang 'bendera merah' yang selalu teratur setiap bulan tak kunjung tiba...waaa.. Diikuti juga dengan rasa badan yang tak menentu...~on off, on off je...bile ok,  mood jadi baik punye..bile tak ok..jadi takde mood dan mula la hangin. Ditambah pulerk selera makan tak cam dulu..down giler..sume nye tak sedap, pendek kata tekak tak selera nak makan...tgk makanan cam pasir @ batu ! huhuhu dan kekadang tetiba rasa meloye tak tentu arah....peh.... adakah jawapan anda itu betul?.....ntah jawapan yang belom pasti sebab lom tergerak hati untuk buat cekup...nantilah! :P

Cume...perasaan bahgia tu tak terbit lagi...ntah..tak tau.. kalau orang lain dah tentu lompat bintang kut...Ala, lom tentu lagi kan...? so we wait and see ja la...Dan kenapa masih ada rasa tak bahgia ? ( bukan tak suka, tapi....) ce baca kat sini:

http://selembarkalam.blogspot.com/2013/02/tanak-anak-lagi-ke-soalan-yang-aku.html

Cuma kekuasaan Allah tu lebih daripada segala...lepas ni cuba terapkan dalam diri supaya dapat menerima ketentuan yang Maha Esa.., harap dapat juga tabah dan sabar menghadapi segala  kemungkinan...Wallahu alam..

No comments:

Post a Comment