Wednesday, 2 July 2014

suka duka ramadhan...

Assalamulaikum, hi , berjumpa semula... ;)  



Alhamdullillah harini masuk ramadhan yang ke-4..dikurniakan kesejahteraan untuk melaksanakan ibadah puasa , InsyaaAllah moga dapat bertahan sampai ke petang seperti hari-hari yang sudah. Jenuh jugak berpuasa sebagai mummypreggy ni, macam-macam dugaan. Namun, syukur dipermudahkan olehNya.

Semalam punya cerita, yakni hari cuti bersamaan hari mood untuk memasak untuk keluarga (aik, cuti manjang hakak, ea ~ yele ritu cuti awal ramadhan,yang ni memey cuti sebab cuti ambo weekday, weekend ambo koje).

Jadi dipendekkan cite , dah setting dalam kepala iaitu terasa nak buat pais ikan/ikan bakar sumbat. Ni disebabkan  penangan rindu banget dengan masakan emak...dah duk jauh ni adaptasikan jelah resepi dia ...walopun tak 100% rasa same..huhuu

 ikan yang baru siap disumbat, belom dibakar


Selain itu , disebabakan  si anak bujang yang 7 tahun tu bersemangat nak puasa penuh hari tu (sebelum ni "yangyok" je)...uminya masakkan menu kegemaran dia, simple je iaitu sup bebola ikan sama cendawan dan pencuci mulut feveret dia..koktail buah-buahan ;)




disamping popia otak-otak untuk seisi keluarga
( ni beli frozen ja, pahtu goreng sendiri)



dan minuman " kelasss..kao jah"..yang cam 
kat 'talibesen' tu>> ribena..( minuman kesukaan  kami anak
beranak)


Jadilah la kan...menu yang simple-simple je..sebab dah jenuh sehari dua ni asik lah asam pedas & kari..




Namun, disebalik keterujaan 'menayang 'menu-menu ni( tade niat nak menunjuk, just nak share je ye)...terselit 'berwarna-warni' perasaan bila tiba je bulan puasa. Sejak dah berhijrah dan berganti status ni..maka berjauhanlah tuan ambo dari pameli terchenta..dulu masa budak-budak @ bujang...memang tak lepas untuk berbuka puasa bersama. Even dah bekerja dikota pun tetap akan sempat balik untuk bersama merasai suasana berpuasa dan berbuka yang dirasai daripada kecik..tapi kini sangat payah..hanya mampu pendam rindu..& kekadang tak semena-mena jatuh air mata dipipi.. Tambahan pula, bila ngenangkan emak dan bapak yang semakin dimamah usia, sakit pulak..;( sebaik ada adik beradik yang boleh jaga & tolong tengok-tengokkan..takpelah...Insyaa Allah, raya nanti pasti balik jua. Bak kata berpuasa di perantauan ni tak sama langsung suasanannya di tempat sendiri...nak tanak, terpaksalah hadapinya dengan tabah...

Okla...taip panjang-panjang pun bosan pulak..melalut jugak kang...stop di sini dulu...sampai masa ketemu lagi dengan kongsian menu berbuka yang lain puler :P..
wassalam.

4 comments:

  1. gulpp tengok ikan kena sumbat tu macam best sangat ni...aduiiii

    ReplyDelete
  2. alamak...hahahah sian awak kan terpaksa menahan saba...

    ReplyDelete
  3. Terliur T.T


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
  4. hihihi

    k Nadya..sy dh jenguk jgk blog awk..nice ;)..n siap follow lagi...awk pun ye..slmt berkenalan..

    tq ;)

    ReplyDelete