Thursday 4 September 2014

ajaib ! dan terharunya...

Assalamulaikum semua,


Posting kali ni diluar menu-menu masakan..asek citer makan je kan...macam tadak mende lain nak cite :P

Mood kali ni pulak pasai baby & pregnancy... dah lame tak share citer pasai ni kan...mane yang kata borim tu, cepat-cepat keluar dan close aja blog ni , hihihi tiada paksaan untuk membacanya...mana yang nak tahu, mai sini hakak nak share..;)

Hakak cume nak expressikan perasaan yang berbaur ni sebagai seorang ibu yang membawak manusia kecil didalam perut kemana aja pergi ...:p  Perubahan demi perubahan yang dirasai...yang pasti ibu-ibu mengandung lain juga rasa.."Ajaib, kagum + terharu" = 3 rasa berbaur dalam diri bila tau ada manusia lain dikurniakan dalam perut ini untuk merasai segala apa yang kita rasa, buat dan alami..semuanya kami berkongsi! indah betul, macam kembar pulak....memang betul apa yang telah tercatit pengisian dalam artikal ni, sila klik dan bole baca sepenuhnya disini;-

http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan



Beginilah gambaran manusia comel yang berada dalam perut ibu dia...macam-macam ragam dia buat...kelaka kan.. ;)






Dan beginilah si ibu pula yang merasa...hihihi..geli pun ada


Tak tau nak gambarkan perasaan , tatkala pengalaman ini dirasai selepas 5 tahun  masa berlalu .. Rasa macam ibu baru nak menimang cahaya mata...hehehe. Terharu dalam syukur yang sangat-sangat diatas kurniaan yang tak ternilai ini...

Bila "si dia" akan bergerak camtu, adakah 24jam sentiasa bergerak ?...eh tak lah..ade masa-masa nya..lebih-lebih lagi bila si ibu sedang berinteraksi, malah terdetik dihati ibunya bertanyakan "dia" pada ketika itu, otomatik " dia"akan bergerak/menendang seolah-olah memberi respon ..Ajaib, bukan??

Ada jugak soalan daripada abang dan kakak " dia" ..Umi, adik ni macamana kalau dia berak ke kentut ke??..haaa , tak tau nak jawab kan...belasah jelah dengan jawapan yang relevan dengan umuq mereka tu...:P, Pendek kata, segala apa yang si ibu makan dia kan rasa sama..begitu juga dengan emosi dan perasaan ketika itu...dah kata dari satu badan yang sama, kan...

Lagi terharu, anak-anak hakak sekecil 7-5 tahun (abang & kakak tadi) sudah bijak mendoakan untuk bakal adik baru mereka tatkala selesai solat dengan doa-doa yang yang sweet. Antaranya " doakan nanti dapat adik yang comel & umi selamat beranak".. tacing kan...hui sejuk la perut hakak nim...

Akhir sekali, hakak harap juga, readers sume doakanlah segalanya dipermudahkan dan selamat ye...

Hingga kita berjumpa lagi dilain cerita...mekasih kerana meluangkan masa untuk membaca entry ini ;)






No comments:

Post a Comment