Wednesday 10 September 2014

Simpul mengkarung @ kejang biawak

Assalamualaikum....


Pernah dengar kan, istilah  simpul mengakrung atau kejang biawak?..biasa golongan yang selalu kena adalah atlit, bahkan pregnant ladies pun akan selalu kena pada waktu malam, kan?. Sesiapa yang dah pernah ada pengalaman tu, mesti rasa sakit dan kalau boleh tamau lah kena berulang kali...




Ibu mengandung akan mengalami kejang kaki pada waktu malam,  Kenapa ea?
Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. 
Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Antara teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 
 ** Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium & magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

  • ** Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.


Ade ke cara nak  melegakan kesakitan ini?

  • salah satunya buat regangan. 

  • ** Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

  • ** Urut otot yang kejang itu.

  • ** Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


Bagaimanakah  boleh mengelakkan kekejangan?

  • ** Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

  • ** Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

  • **Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

  • ** Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

  • **Mandi air suam sebelum masuk tidur.

  • **Minum banyak air.


kredit to: http://www.babycenter.com.my/a1043396/kejang-kaki






No comments:

Post a Comment