Thursday 11 September 2014

Kita bukan Tuhan~ultrasound vs tanpa ultrasound (sebagai panduan je....)


Assalamulaikum u ols,




Isu berkenaan pregnancy & babies lagi...saja lah nak share manetau bermanfaat untuk parents yang excited nak timang orang baru tuuu.. Kali ni pasal tekaan jantina anak (wah..menarik tak?)... Cara-cara yang hakak biasa dengar adalah pergi checkup & buat ujian ultrasound dengan doktor yang bertauliah dan berpengalaman...dia maybe boleh kesan baby boy ke girl dengan macam-macam teknologi yag sedia ada zaman sekarang ni...2D ade, 3D ade..tah-tah akan datang 5,6D pun dah ade...:P...

kat sini  pendapat seorang doktor berkenaan kaedah ini, silalah klik link ni ea:-
http://drzubaidi.com/blog/ultrasound-sejauh-mana-ketepatan-penentuan-jantina/



Manakala cara lain yang boleh diteka dengan pandangan orang-orang yang "terlebih dulu makan garam" (Tanpa ujian ultrasound)

Tanda-tanda akan mendapat Bayi Lelaki

hakak belanja pic anak teruna yang segak bergaya
dengan kacamata hitamnya......masa ni memang muka jambu sikit sebab ikut iras umi dia

  • tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • rasa beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut  kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya diri sendiri, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda-tanda akan mendapat Bayi Perempuan

ni pun hakak belanja pic anak dara yang iras abah dia pulak..
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut  berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

p/s: Apa-apa pun pelbagai persepsi..qada' dan qadar Allah itu mengatasi segalanya. Percaya dan yakin pada perkara itu sudah memadai...kita bukanlah tuhan nak menentukan segala kejadian, kan?...Cukuplah tanda-tanda yang diandai oleh manusia dan teknologi ini sebagai panduan dan rujukan je....selain tu, berserah dan bertawakal..jangan sampai taksub dan percaya bulat-bulat pulak...

Terima kasih kerana membaca entry ini...sehingga berjumpa lagi di lain kali..daaaa

No comments:

Post a Comment