Sunday 8 June 2014

all about FISH !

Assalamulaikum & hai semua,


Kisah tentang cuti sekolah lagi dan disebabkan uminya juga cuti..(sempena semalam ~ hari keputeraan Agong kita).. ingat nak keluar bersiar-siar atau berkelah. Tapi encik asben tak berapa gemar keluar jauh-jauh masa cuti umum sebab malas nak mengahadap kesesakan dan bermacam lagi karenah kat jalanraya katenya...Maka hanya buat aktiviti 'spend time' bersama dekat-dekat aje ( kat mane lagi kalau dekat umah je lah...).  Sebenranya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama...Oleh itu, pepagi buta lagi kami dah pergi memancing di kolam ikan belaan beliau untuk mencari barang seekor dua ikan talapia atau keli ...Mula-mula sesaja suka-suka nak mancing, tapi...bila dah dapat hasilnya...terpikir pulak nak main bakar-bakar sebelah malam  memandangkan kami anak beranak memang biasa buat dan gemarkan santapan  ikan tersebut!


Inilah hasil: ikan talapia tu hasil daripada pancingan, tapi ikan keli tu hasil tangkapan sauk ja..
dah siap siang semua..simpan lu dalam fridge, malam baru kuarkan untuk dibakar ;)



Lepas makan tengahari dan rehat sekejab, baru kami  sekuarga keluar melapangkan minda lagi . Plannya nak cari ikan gapi yang comel lagi cantik-cantik untuk dibela dirumah. Kedai ikan yang berdekatan je kami terjah..kat situ pun dah amik berapa lama nak tengok-tengok dan pilih ikan yang berkenan dihati...





haaa, ni lah dia ikan gapi yang dicari-cari.  Hak kaler maler tu, jantan, yang tak berapa kaler t, betina...ikan ni murah je kalau beli sikit pun takpe, bela la sampai die beranak- pinak..nanti lagi banyak dan makin meriah la akuarium...;) .Nilah  salah satu hobi kami sekeluarga  ...anak-anak pun lagi lah suka...sebelum ni memang macam-macam ikan dibela baik kat dalam umah maupun ternak kat kolam. 




Yang ni pulak ikan kaloi  bersama jelawat, lampam dan patin ditempatkan di 'wall aquarium' di rumah kami...Kaloi ni dah lama dibela dari kecik sampai lah sebesar ini...


Bila tiba waktu 'dinner' mulala siap-siap untuk membakar .Segala air asam, buah tembikan sebagai sampingan  dan lain-lain  harus ada sekadar memenuhi selera kami sekeluarga..



ikan keli yang sedang dibakar


 ikan talapia merah...yang putih isinya serta lemak...mampu
mengiurkan para penggemarnya..hihih



anak-anak pun gemar makan ikan ni..tengok saja lah betapa excitednya
mereka..setelah penat layan badminton, terus lapor..

Beginilah aktiviti kami tatkala berhimpun satu keluarga...tak salu buat sebab kekangan kerja dan masa sekolah masing-masing. Jadi, Cuti-cuti begini barulah heaven bagi kami....;)


2 comments: